Hi! Welcome Back and Stay Tune! Meizu Dilaporkan Bermasalah Sehingga Perlu Mengurangkan Pekerja Dan Menutup Kedai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Meizu Dilaporkan Bermasalah Sehingga Perlu Mengurangkan Pekerja Dan Menutup Kedai

Meizu adalah antara jenama yang pernah cuba memasuki pasaran Malaysia dua tahun yang lalu. Peranti mereka unik kerana menggunakan pemproses Exynos keluaran Samsung. Mereka telah lama tidak melancarkan peranti baharu di Malaysia dan pada Mac lalu percubaan melancarkan Meizu Zero yang tidak mempunyai sebarang port gagal mendapat sambutan.

Menurut laporan IT Home, syarikat ini kini bermasalah sehingga terpaksa mengurangkan jumlah tenaga kerja. Tahun ini sahaja sebanyak 30% pekerja telah dilepaskan dan beberapa kedai rasmi telah ditutup. Pada tahun 2016 mereka mempunyai 2600 kedai rasmi dan kini dianggarkan hanya 5-6 kedai dibuka di setiap daerah di China.

Pada waktu yang sama pengasas dan timbalan presiden Meizu, Li Nan telah meninggalkan syarikat pada awal bulan ini. Tiga hari selepas itu jurutera sistem Flyme OS Hong Hansheng pula meninggalkan Meizu.

Syarikat ini telah beroperasi selama 15 tahun tetapi dengan pasaran peranti adalah amat sengit di China. Tahun lalu syarikat Gionee terpaksa gulung tikar kerana masalah hutang dan bulan lalu paten milik syarikat telah dilelong bagi melangsaikannya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2YdD4Es

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.