50 Cara Meningkatkan Pengunjung Ke Website
Bagaimanakah cara meningkatkan pengunjung di website?
Ads?
Ads adalah satu cara dari banyak cara.
Artikel ini berkongsi 50 cara meningkatkan pengunjung ke website.
Supaya apabila jumlah pengunjung bertambah, jumlah pembelian juga meningkat.
Bagi memudahkan anda, saya ada sediakan satu PDF checklist.
PDF ini menyenaraikan kesemua taktik yang diberikan. Boleh download.
Nak download di mana?
Teruskan membaca.
1. Cipta Blog
Di website, cipta ruangan blog.Blog adalah tempat perkongsian artikel secara berkala.
Mengapa blog?
Google suka konten segar. Freshness.
Mengikut Amit Singhal, bekas pekerja Google,
Tidak outdated.
Jadi konten ini bagus untuk pengguna.
Antara blog yang sangat penting untuk sentiasa di kemaskini adalah:
- Website berita, isu semasa: "Kerajaan Malaysia Beri Bonus 10 Tahun"
- Website liputan acara setiap hari: "Malaysia menang 10 Emas Sukan Sea"
- Website informasi atau review: "Tools SEO Terbaru", "Best Vacuum Cleaner"
2. Tulis Artikel 3x Seminggu
Ini adalah tip dari Neil Patel.Dan disokong oleh beberapa orang pemain Internet Marketing yang lain.
Antaranya Michael Hyatt.
Ada yang tak setuju?
“Ada”
Biarkan dulu. Saya terangkan kenapa Neil cadangkan 3x seminggu.
Neil melakukan split test.
Dia menguji antara kualiti vs kuantiti.
Siapakah yang akan menang.
Paling ideal pastilah kualiti pada jumlah kuantiti.
Namun nak hasilkan artikel 100% kualiti sebanyak 3x seminggu pecah kepala.
Terutamanya apabila buat seorang diri.
Jadi apa yang Neil buat adalah hasilkan artikel pada tahap sub-optimal.
Hasilkan artikel pada kadar 80%.
Namun pada jumlah yang banyak.
Neil dapati kesannya sama seperti hasilkan artikel 100% berkualiti.
Neil merumuskan cipta 3-4 blog post setiap bulan. Hasilnya jumlah pengunjung akan meningkat secara organik. Sebagaimana dapatan hasil kajian oleh Kissmetrics pada rajah di atas.
3. Cipta Headline Terbaik
David Ogilvy mengatakan 80% pengguna hanya baca headline.Baki 20% saja yang baca artikel.
Lihat perangai pengguna di media sosial.
Berapa banyak artikel yang dikongsi di Facebook hanya kerana headline?
Bagi menulis headline power, ianya perlukan latihan.
Formula ada banyak, namun tidak menjamin ianya berkesan untuk kita.
Amalkan begini.
Buka smartfon. Cipta album baru. Namakan Headline Bank.
Kemudian apabila ada headline yang menarik perhatian, tekan printscreen.
Simpan dalam folder Headline Bank.
Kemudian apabila tiba masa, buka Headline Bank.
Lihat dan cuba. Bandingkan keberkesanannya.
Satu lagi.
Ini rahsia antara kita. Ada satu website power.Website ini mengumpulkan koleksi-koleksi iklan.
Jadi kita boleh buat tiruvasi.
Nak tahu?
Jawapannya saya beritahu di hujung artikel ini.
4. Hasilkan Artikel Berbentuk Informasi
Di dalam Teknik Tulisan Melekat, saya terangkan.Salah satu konten yang sangat suka dikongsi pengguna adalah konten berbentuk informasi.
Malah konten ini juga sering dicari di Google.
Gabungkan informasi dengan nombor.
Contohnya 11 Teknik Tarik Trafik Gaya Michael Hyatt.
Kajian daripada conductor melaporkan headline bernombor 36% lebih disukai pengguna.
5. Buat Pertandingan
Pertandingan diminati pengguna.Terutamanya apabila hadiahnya sangat lumayan.
Pertandingan bukan saja boleh diadakan di website, bahkan boleh diadakan di media sosial juga.
Perkara utama dalam menganjurkan pertandingan adalah jelas tujuan.Bukan ikut-ikut orang.
Kebiasaannya pertandingan diadakan bagi mendapatkan data bakal pelanggan.
6. Beri Hadiah
Alternatif kepada pertandingan adalah beri hadiah.Atau lebih dikenali sebagai Giveaway.
Tujuan dan kesannya sama seperti pertandingan.
Bagi meningkatkan sebaran, kebiasaannya penganjur akan meletakkan syarat untuk share giveaway.
Salah seorang pemain Internet Marketing tersohor, Pat Flyyn melakukan cubaan.
Dia adakan giveaway.
14 jam selepas giveaway dilancarkan, Pat semak statistik.
Dia terkejut.
Dia dapati 44,463 orang sudah masuk website dia.
Jumlah ini adalah 2.5 kali ganda daripada jumlah pengunjung website setiap bulan!
7. Hasilkan Guestographic
Istilah Guestographic dicipta oleh Brian Dean.Ianya merujuk kepada infografik yang bernilai tinggi.
Apabila infografik didesain dengan cantik, infografik cenderung dikongsi oleh pengguna.
Expedia menggunakan strategi ini bagi meningkatkan jumlah pengunjung ke website berganda-ganda.
Infografik yang berkualiti tinggi mempunyai ciri-ciri berikut:
- Susun atur konten yang mudah dibaca
- Unik
- Data yang relevan
- Audien yang tepat
- Desain yang menarik
8. Install Social Media Sharing Button
Apabila artikel dikongsi oleh pembaca, capaian artikel itu bertambah-tambah.Hasilnya jumlah trafik ke website meningkat.
Salah satu caranya adalah dengan memudahkan pembaca menekan butang share.
Bagi melakukan perkara ini, install plugin social media sharing.
Saya cadangkan Sumo atau ThriveLeads.
Alternatif kepada dua plugin ini adalah ShareThis.
9. Beri Nama Unik Pada Artikel
Taktik ini juga saya pelajari dari guru saya, Brian Dean.Cuba anda google "The Skyscrapper Technique".
Pastinya backlinko.com akan berada di atas.
The Skyscrapper Technique merupakan satu istilah yang beliau cipta sendiri.
Dan beliau popularkan istilah itu.
Hasilnya apabila Google, sah-sah Brian berada paling atas.
Jadi apabila memperkenalkan satu-satu teknik, berikan nama unik.
Nama yang senang diingati.
Begini apabila pengguna Google, mereka terus jumpa.
Dan website tidak bersaing dengan sesiapa.
Sekejap. Boleh cuba Google "Teknik Tulisan Melekat".
Aplikasi kaedah ini. Hehe.
10. Blog Walking
Ala-ala window shopping.Cuma dalam blog walking kita tidak bergerak.
Hanya tetikus yang klik satu demi satu.
Kita berjalan dari satu blog ke blog yang lain.
Kesilapan ramai orang yang melakukan blog walking adalah mereka tidak meninggalkan jejak.
Jadi tidak ada sesiapa yang tahu kehadiran.
Apabila kita meninggalkan jejak di blog orang, perbuatan ini berpotensi menarik pemilik blog dan pembaca blog itu untuk mengunjungi website kita.
Bagaimana?
11. Komen Bernilai di Blog Orang
Tinggalkan komen yang menyebabkan pemilik dan peminat blog itu mahu baca komen kita.Usah berhenti setakat “terbaik”, “terima kasih”.
Ini biasa.
Biasa tidak dapat perhatian apa-apa.
Anggap seperti kita datang bertandang ke rumah orang.
Sebelum pulang, kita bersalaman.
Apabila bersalaman, berikan senyuman.
Begini kita kekal di ingatan.
Senyuman di website adalah komen-komen menarik yang seronok dibaca.
12. Dapatkan Email Subscribers
Email subscribers bermaksud email yang diberikan secara sukarela oleh pengunjung.Kenapa mereka berikan?
Kerana mereka mahukan sesuatu.
Boleh jadi mereka suka dengan produk atau tips dari kita.
Peluang untuk konten disebarkan menerusi subscribers lebih tinggi.
Malah ada yang mengatakan “the money is in your email list”.
Bagi mendapatkan trafik menerusi email subscribers, hanya emailkan kepada mereka artikel terbaru.
Dan mereka akan masuk.
Bagi tujuan ini, kita boleh menghantar email satu persatu.
Ataupun menggunakan email autoresponder seperti Aweber.
1. Log masuk dan klik Messages > Broadcast
2. Klik Create A Message dan pilih Drag and Drop Email Builder
3. Tulis mesej yang ingin dihantar. Masukkan link artikel di dalam mesej ini.
4. Klik butang Save & Exit.
5. Pada paparan seterusnya, klik Schedule A Broadcast.
6. Setkan kepada siapa email ini ingin dihantar, masa dan hari.
Kelebihan menggunakan email autoresponder adalah proses ini berlaku secara automatik.13. Cold Email
Ini adalah taktik bagi mendapatkan perhatian influencer.Masuk website mereka dan cari email untuk dihubungi.
Kemudian hantarkan kepada mereka.
Bezanya bagaimana?
Kepada influencer, kita tidak akan minta mereka baca artikel terbaru.
Ini bukan tahap mereka.
Kepada influencer, kita minta mereka beri pandangan terhadap artikel.
Apabila mereka setuju baharulah berikan link artikel itu.
Influencer menerima ratusan email setiap hari.
Jadi mereka akan tapis email mana berbaloi dijawab.
Email mana patut dibiarkan.
Alternatif kepada email, gunakan FB messenger.
PM terus influencer itu.
14. Email Signature
Ini adalah cara paling senang dan mudah.Letakkan alamat website pada email signature.
Perangai manusia di dunia online ini mereka suka klik.
Berikan butang klik itu kepada mereka.
15. Aktif di Media Sosial
Media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter merupakan saluran trafik percuma yang berbaloi.Terutama apabila kena caranya.
“Nak kena ada semua channel ke?”
Tidak. Mulakan dengan channel di mana audien anda berada.
Bezakan antara dua perkara pokok.
Sharing vs Spamming.
Apabila mahu post di media sosial, post sesuatu dengan mentaliti berkongsi.
“Kita takkan berkongsi sesuatu yang tidak bernilai”
Begini pembaca rasa nak klik.
Dan apabila klik, kita terima pengunjung ke website.
16. Bina Personal Branding
Senaraikan 3 restoran fast food kegemaran anda.
Senaraikan 3 minuman tin yang suka diminum.
Sudah?
KFC, McDonald, Pepsi dan Coke.
Ini antara senarai yang hampir 100% akan ada.
Kenapa?
Kekuatan jenama.
Begitu juga di dunia online.
Apabila kita ada jenama, orang cenderung untuk ingat.
Dan jenama ini tidak jadi sendiri.
Perlu dibentuk. Hari demi hari. Setiap hari.
Menerusi jenama sendiri, kita berpotensi menarik trafik yang sangat banyak.
“Manusia pandang siapa yang bercakap lebih dari apa yang dicakap”
Itulah hakikatnya.
Bangunkan personal branding.
17. Aktif di Tempat Diskusi
Dulu forum menjadi pilihan ramai pengguna internet.Hari ini fungsi forum berkurangan dengan kemunculan FB Group.
Tipnya sama seperti di media sosial.
Elakkan spamming.
Banyakkan sharing.
Tambah nilai ke dalam group.
Begini apabila ajak orang masuk ke website, mereka tidak anggap kita sedang melakukan promosi.
Bahkan mereka berterima kasih lagi.
18. Cipta Konten Video
Konten video disahkan mempunyai engagement yang tinggi.Salah satu sebab mengapa Facebook dan Google suka konten video adalah kerana ianya meningkatkan masa pengguna berada di situ.
Sebagai contoh,
Baca satu status update = 5 saat
Tonton satu video pendek = 2 minit
Semakin lama kita berada di Facebook, semakin tinggi peluang untuk Facebook menunjukkan iklan kepada kita.
Hasilnya pendapatan Facebook meningkat.
Jadi sebagai ganjaran, Facebook menurunkan kos iklan berbentuk video.
Supaya pengiklan suka buat iklan begini.
Secara tidak lansung meningkatkan masa pengguna di Facebook.(situasi yang sama juga di Google)
Poinnya, gunakan video untuk menarik pengunjung ke website.
Video apabila kena caranya berpotensi besar menjadi viral.
19. Guna Tools Scheduler
Tools ini berfungsi mengautomasikan post.Caranya begini.
Masukkan status yang ingin dikongsi.
Setkan masa dan tarikhnya.
Kemudian scheduler ini akan uruskan.
Kelebihan scheduler adalah kita tidak perlu melakukan secara manual.
Scheduler yang lakukan secara automatik.
Kelemahannya reach-nya mungkin rendah.
Kerana Facebook tahu robot yang buat post.
Saya cadangkan anda guna dahulu dan lihat keberkesanannya.
Saya gunakan Amplifr.
Scheduler lain yang disarankan adalah HootSuite, Buffer dan MeetEdgar.
20. Shares di Whatsapp/Telegram/WeChat
Kongsikan link website di whatsapp dan telegram.Percuma dan berpotensi menarik pengunjung ke website.
Asasnya sama seperti di atas.
Banyakkan sharing.Tinggalkan spamming.
21. Social Bookmarking
Pernah tak anda jumpa website yang menarik?
Kemudian anda tekan bookmark.
Andai begitu, anda sudah melakukan bookmarking.
Social bookmarking bermaksud kita berkongsi bookmark itu dengan orang lain.
Perkongsian dilakukan menerusi website bookmarking.
Antaranya StumbleUpon, Pinterest dan Reddit.
Apabila kita bookmark website sendiri di website bookmarking, tindakan ini berpotensi mendapatkan pengunjung secara percuma.
22. Wujudkan Shoulder Channel
Di dalam dunia online, tentukan di mana kubu kuat anda. Home.Kemudian senaraikan di manakah channel-channel lain yang anda aktif.
Seterusnya senaraikan channel-channel lain yang berpotensi.
Channel ketiga ini disebut sebagai shoulder channel.
Di shoulder channel, taktiknya buat dan biarkan.
Sebagai contoh, salah satu shoulder channel saya adalah Youtube.
Saya rakamkan video di youtube.
Upload kemudian tinggalkan.
Pada description di youtube, saya letakkan link website.
Supaya orang klik.
23. Hasilkan Produk Digital Secara Percuma
Tulis satu ebook. Di dalam ebook itu, letakkan link ke website.Sama ada link itu ada dalam artikel atau di halaman lain, itu tidak mengapa.
Asalkan ada link.
Kemudian edarkan ebook secara percuma.
Maksimumkan jumlah download.
Andai ada 1000 orang download, saya pasti paling kurang ada 10 orang akan klik link itu.
Ini pun taktik mudah meningkatkan pengunjung ke website.
24. Tinggalkan Link Website di Profil Media Sosial
Cara ini adalah satu daripada 11 Teknik Tarik Trafik gaya Michael Hyatt.Pastikan kita meletakkan link website pada profil.
Cara ini percuma. Tidak ada kos.
Buat sekali dan tinggalkan.
25. Gunakan Iklan Berbayar
Cipta iklan di Facebook.Iklan dicipta bagi menarik pengguna ke website atau meningkatkan jumlah shares.
Cara ini adalah cara yang paling pantas bagi meningkatkan jumlah pengunjung ke website.
Cuma cara ini melibatkan wang.
Berita baik.
Kos pengiklanan di Facebook sangat murah.
Jadi ianya satu saluran trafik yang berbaloi menggunakannya.
Alternatif kepada Facebook Ads adalah Google Adwords, Banner Ads, Influencer review.
“Nak guna platform mana satu?”
Guna platform di mana audien anda berada.
Itu kuncinya.
26. Membuat Tajaan
Apabila ada event yang relevan, sertai sebagai penaja.Kebiasaannya penaja akan diberikan ruang untuk meletakkan banner atau link.
Kaedah ini meningkatkan pendedahan jenama anda kepada audien.
Secara tidak lansung, kaedah ini boleh menaikkan jumlah pengunjung ke website.
Apabila menyebut tajaan, usah fikir event besar-besar.
Antara contoh event tajaan yang menjadi trend sekarang adalah,
- FB Live
- Instagram Stories
- Youtube
- Online Gaming
- FB Profile
27. Melakukan Retargeting
Retargeting adalah satu bentuk iklan.Beza iklan retargeting berbanding iklan biasa adalah retargeting lebih fokus dan spesifik.
"Boleh berikan contoh?"
Masuk Lazada.
Skroll 2-3 barang.
Kemudian masuk Facebook.
Tiba-tiba iklan yang muncul adalah iklan Lazada.
“Apa Lazada buat?”
Lazada melakukan retargeting.
Lazada target iklan kepada mereka yang masuk website Lazada sahaja.
Kita boleh guna kaedah yang sama dalam menarik trafik ke website.
Hanyak iklankan kepada mereka yang pernah mengunjungi website.
28. Direktori atau Listing
Teknik sedikit outdated berbanding yang lain.Terutama dengan kemunculan Google sebagai enjin pencari yang berkuasa tinggi.
Website direktori adalah Yellow Pages versi online.
Didalamnya ada segala macam jenis perniagaan.
Jadi kita hanya perlu daftar dan senaraikan perniagaan kita di dalam website ini.
Dalam memilih website direktori, pilih website yang ada pengunjung yang signifikan.
Gunakan Alexa, masukkan alamat website dan klik Find.
29. Media Bercetak
Ini adalah taktik meningkatkan pengunjung ke website menerusi offline.Khususnya melalui media bercetak.
Konsep asasnya adalah semakin senang website anda dilihat, semakin tinggi kemungkinan untuk mereka masuk.
Jadi letakkan alamat website pada poster, kad bisnes, banner, billboard.
Dalam erti kata lain, di mana ada ruang untuk letakkan maka letaklah.
30. Menulis di Akhbar
Meskipun populariti akhbar harian berkurang dengan kehadiran dunia online, namun tidak dinafikan masih ramai yang membacanya.Untuk masuk ke dalam akhbar, kita ada dua pilihan.
Satu bayar ruang pengiklanan.
Keduanya tulis sesuatu yang bermanfaat. Kemudian hantar kepada editor.
Andai mereka siarkan artikel, beruntung.
Andai mereka abaikan, kita tidak rugi apa-apa.
Pastikan di dalam artikel itu, ada kita menyebut alamat website atau posisi.
Supaya pembaca tahu dan ada rasa ingin masuk.
Satu perkara menarik.
Apabila anda ada jenama sendiri yang kukuh, pihak akhbar akan cari.
Malah mereka siap berikan slot untuk anda menulis.
Dato' Roslan Ab Hamid seorang Guru Bisnes yang hebat menulis.
Beliau dilamar oleh Sinar Harian untuk menulis.
31. Hadiri Program atau Seminar
Taktik ini apabila kena caranya sangat-sangat hebat.Di dalam program atau seminar, ada ramai influencer.
Apabila kita dapat berkawan dengan influencer, mereka akan cadangkan kita kepada klien atau pengikut mereka.
Ada satu kata-kata,
Apa yang penting, di dalam pertemuan bersama influencer, cari idea bagaimana mahu mereka ingat dan kenal kita. Berbanding 100 peserta lain.
32. Beri Talk atau Tutorial
Cara ini boleh memmbantu meningkatkan pengunjung ke website berganda-ganda.Apabila kita memberikan talk yang menarik, pendengar ingin lebih tahu tentang kita.
“Bagaimana mereka mahu tahu lebih tentang kita?”
Google.
Mereka akan cari kewujudan kita di dunia online.
Di sini website akan memainkan peranan.
Jadi jurucakap percuma.
Setiap kali selepas saya memberikan talk, saya dapati berlaku peningkatan pada jumlah pengunjung ke website.
33. Pertukaran Link
Ini banyak dilakukan oleh blogger sesama mereka.Terutama apabila blogger itu saling kenal mengenal.
Di blog A, dia letakkan link ke blog B.
Di blog B pula, dia letakkan link blog A.
Begini mereka seolah-olah saling bertukar pengunjung.
Ada juga yang melakukan pertukaran link ini menerusi artikel.
Malah ada yang menjual program ini.
“Nak letak link di website saya?”
“Boleh. RM100 satu link”
Contoh proses jual link.
“Apa lagi yang website perolehi menerusi pertukaran link?”
Selain dari trafik, pemilik website sebenarnya mahu dapatkan backlink.
Backlink beri kesan kepada ranking di Google.
Di dalam pertukaran link ambil perhatian pada siapa yang berikan link itu.
Google ambil kisah.
Apabila link tidak berkualiti berikan link kepada website kita, website akan menerima kesan.
Google turunkan ranking website.
34. Kongsi Konten di Slideshare
Slideshare adalah satu website yang unik.Website ini menerima jumlah trafik yang signifikan setiap bulan.
Muat naik konten di slideshare.
Dalam bentuk slide.
Letakkan link pada ruangan description dan dalam slide.
Biarkan saja di situ.
Slideshare boleh digunakan sebagai satu shoulder channel.
35. Membuat Guest Posting
Apabila kita ada jenama tersendiri, proses ini menjadi makin mudah.Mohon dengan mana-mana blog berkaitan untuk menulis di blog mereka.
Hasilkan satu artikel yang berkualiti.
Di dalam artikel itu, hubungkan dengan mana-mana artikel di blog sendiri.
Begini backlink dapat, pengunjung pun dapat.
Di dalam video ini Noah Kagan berkongsi bagaimana guest posting membantu beliau mendapatkan lebih pengunjung.
Andai kita tidak dikenali, kita masih dapat melakukan Guest Posting.
Cuma kena lakukan pitching.
Beri sebab mengapa blog itu perlu terima dan siarkan konten kita.
36. Menerima Guest Posting
Lawan kepada kaedah di atas.Kali ini kita tidak menulis di blog orang.
Tapi kita ajak orang menulis di blog sendiri.
Kelebihannya adalah kita akan menjemput penulis dan peminat penulis itu untuk baca artikel.
Dan berpotensi mendapat trafik hasil daripada hebahan oleh penulis itu sendiri.
Bagi menjadikan penulis berminat melakukan guest posting di website, website kita harus ada autoriti. Mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri.
Dalam erti kata lain, cipta win-win situation.
37. Aktif di Medium
Komuniti medium semakin bertambah hari demi hari.Pun begitu penggunaan bagi rakyat Malaysia masih kurang.
Namun tidak salah untuk cuba.
Medium ini semacam blogspot.
Bezanya pada komuniti.
Medium ada komuniti sendiri.
Dan post di medium akan berlegar-legar kepada komuniti medium.
Bagi menggunakan medium, daftar akaun. Tulis artikel dan kongsikan.Percuma.
38. Masuk ke Website Question and Answer
Website ini cuba menjawab persoalan-persoalan daripada khalayak.Kita boleh menggunakan website ini untuk membantu mereka mencari jawapan.
Sambil-sambil itu melakukan promosi silang (cross-promotion) website.
Saya menggunakan Quora bagi menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan kemahiran saya. Meskipun Quora dalam Bahasa Inggeris dan website saya dalam Bahasa Malaysia, kesannya masih dapat dirasakan.
39. Buat Course di Udemy
Udemy merupakan platform yang memberi ruang kepada sesiapa yang mahu buat kursus online.Rakam dan siarkan.
Kemudian tentukan harga.
Bagi setiap jualan, Udemy akan terime komisyen bagi pihak mereka.
Apabila ada kursus di Udemy, kita dapat hantar mesej kepada pelajar-pelajar.
Mesej promosi dibenarkan.
Cuma ada had.
Selain daripada saluran menarik trafik ke website, Udemy juga berguna untuk meningkatkan kredibiliti di dunia online.
Selain Udemy, platform lain yang boleh digunakan adalah Teachable dan SkillShare.
40. Mengorat Influencers
Influencers adalah orang berpengaruh.Kebiasaannya influencers dikaitkan dengan artis, tokoh bidang.
Mendapatkan khidmat influencers bagi mempromosikan website kita boleh tahan harganya.
Jadi bagaimana?
Berkawan dengan micro-influencers.
Micro-influencers adalah individu berpengaruh terhadap puak mereka.
Puak mereka sederhana besar saiznya.
“Bagaimana nak cari influencers?”
Lihat jumlah followers mereka di media sosial.
Andai kata jumlah followers melebihi 5000 orang, maka influencers ini berpotensi besar.
Jadi usahakan untuk mendekati micro-influencers begini.
Sama ada menyertai kursus yang dianjurkan atau bertemu muka.
Apabila micro-influencers suka, mereka akan bantu promosikan website dan produk kita secara sukarela.
41. Blog Syndication
Sedikit berbeza dengan guest post.Blog syndication adalah satu proses membenarkan konten artikel disiarkan di tempat lain.
Tujuannya bagi meningkatkan pendedahan.
Dengan harapan orang makin kenal.
Secara tidak lansung mendorong kepada peningkatan trafik ke website.
42. Menggunakan Sistem Affiliate atau Referral
Bagi penjual produk, salah satu cara bagi menggandakan jualan adalah menerusi program affiliate.Mereka yang menyertai affiliate akan mempromosikan produk anda.
Komisyen diberikan bagi setiap jualan yang terhasil.
Kaedah ini berkesan apabila kita mempunyai agen affiliate yang berpengalaman.
Mereka berupaya menyebar luaskan jenama kita kepada ramai orang.
43. Memberikan Software Percuma Sebagai Lead Generation
Taktik ini diguna pakai oleh Noah Kagan.Dia mencipta Sumo.
Sumo merupakan koleksi software yang membantu pemilik website.
Sumo merupakan produk Appsumo.
Syarikat yang menjual macam-macam produk keperluan bisnes pada harga sangat murah.
Noah mendapati semakin ramai yang menggunakan Sumo, makin bertambah jumlah pengunjung ke website Appsumo.com.
Hasilnya pendapatan mereka juga bertambah.
44. FB Messenger
Ini adalah saluran komunikasi terbaru dan terkini.Menggunakan FB messenger untuk menyebarkan konten.
Kongsikan konten bernilai.
Kemudian ajak pembaca masuk ke website.
Mereka rasa terhutang budi.
Bagi menggunakan kaedah ini, saya syorkan guna ManyChat.
Ianya mudah dan senang.
Kelebihan menggunakan FB Messenger sebagai saluran tarik pengunjung adalah open rate-nya sangat tinggi berbanding email.
Andai hantar email kepada 100 orang, yang buka dan baca mungkin dalam 10 orang.
Andai hantar mesej menerusi FB Messenger kepada 100 orang, 95 orang yang akan baca.
45. Daftar Google Business
Google Business merupakan satu initiatif Google bagi membantu pemilik bisnes.Apabila daftarkan bisnes di Google Business, syarikat senang muncul di Google.
Sekaligus membantu menaikkan jumlah pengunjung di Google.
Google Business adalah percuma.
Saya ada sediakan tutorial bagaimana mahu buat pendaftaran.
46. Beritahu Google Kewujudan Website
Hari ini apabila rakyat Malaysia mahu cari sesuatu, mereka Google.Website yang keluar di hasil carian Google akan jadi pilihan.
Soalan: Adakah semua website ada di Google?
Tidak.
Hanya website yang ada dalam pengkalan data Google akan tersenarai di Google.
“Bagaimana nak senaraikan website di Google?”
Hantarkan kepada Google menerusi Google Submit URL.
Masukkan URL dan klik Submit.
47. Muncul di Google Image
Pengguna Google suka gunakan Google Image untuk cari gambar.Yang menariknya, Google Image boleh dijadikan saluran untuk menaikkan pengunjung ke website.
"Bagaimana?"
Munculkan imej kita di Google Image.
Image SEO-Optimized.
Caranya?
1. Sebelum muat naik gambar, rename terlebih dahulu.
2. Apabila muat naik, setkan Title dan Alt Text.
Itu saja. Senang dan mudah.
Teknik Image-SEO merupakan satu daripada 13 teknik On-Page SEO yang anda boleh buat sekarang.
Teknik Image-SEO merupakan satu daripada 13 teknik On-Page SEO yang anda boleh buat sekarang.
48. Kongsi di Google Plus
Google Plus ini semacam Facebook.Sayangnya ianya bukan pilihan rakyat Malaysia.
Jadi popularitinya tenggelam.
Kita gunakan Google Plus bagi membantu meningkatkan visibiliti website di mata Google.
Caranya?
Kongsikan post terbaru di Google Plus.
Itu saja.
49. Cipta Website Smartphone-Optimized
Makin hari jumlah pelayar website menggunakan smartfon semakin bertambah.Pengguna smartfon cerewet.
Lambat 3 saat mereka akan keluar.
Jadi apabila website mesra smartfon, website ini berupaya mengekalkan dan menarik jumlah pengunjung.
“Apa ciri-ciri smartphone-optimized?”
Satu kelajuan. Lajukan website. Paling kurang ada 9 cara melajukan website.
Keduanya saiz tulisan. Saiz tulisan yang sangat kecil menyebabkan mata sakit. Lalu mereka lari keluar.
“Saiz tulisan ini kecil je kesannya?”
Hmm..tak juga. Lihat artikel 7 perkara kecil yang pemilik website sering terlepas pandang.
Kesannya besar pada bounce rate dan masa pelawat berada di website.
50. Cipta Konten Berkuasa Tinggi
Apakah persamaan Wikipedia dan Google?Mereka memberikan maklumat berkualiti.
Wikipedia berikan informasi berkualiti.
Google berikan hasil carian berkualiti.
Dan kedua-duanya percuma.
Apakah kesannya?
Website yang ada konten berkuasa tinggi akan menjadi sebutan.
Orang bercakap. Word of mouth.
Peningkatannya berganda-ganda. Exponential growth.
Malah kos pengiklanan juga sangat minima.
“Bagaimana mencipta konten berkuasa tinggi?”
Lakukan kajian.
Lihat persaingan.
Cipta artikel lebih baik dari pesaing.
“Nak tahu langkah demi langkah?”
Saya ada buat kursus online Bagaimana Mencipta Konten Berkuasa Tinggi.
Andai berminat, klik sini. Saya terangkan dengan lebih terperinci.
Kesimpulan
Apa perasaan anda selepas baca artikel ini?Mentol menyala?
Banyak idea mahu dicuba?
Yesza.
"Adakah saya perlu gunakan kesemua 50 cara ini?"
Ya dan tidak.
Bergantung kepada anda.
"Boleh download tak? Senang saya buat rujukan nanti"
Boleh. Sebab itu saya sediakan satu checklist.
Checklist ini boleh digunakan bagi membantu anda meningkatkan jumlah pengunjung ke website.
SOALAN: Apa cara tarik pengunjung yang anda selalu guna?
Post a Comment