India Merancang Mengharamkan Rokok Elektronik – Penjual Boleh Dipenjara Sehingga Tiga Tahun
Penggunaan rokok elektronik ataupun vape di Malaysia telahpun difatwakan haram sejak lima tahun lalu. Namun kini penggunaannya kembali popular dengan promosi dilakukan secara terbuka oleh selebriti tempatan. Kerajaan masih belum mengharamkan penjualannya tetapi isu ini kembali tular selepas gula-gila vape dijual kepada pelajar sekolah rendah.
Di India langkah yang diambil oleh kerajaan boleh dikatakan agak ekstrem dengan cadangan untuk mengharamkan penjualan, mengenakan denda dan hukuman penjara. Hukuman denda RS 100,000 (~RM 5837) atau penjara setahun boleh dikenakan untuk kesalahan pertama. Ini meningkat ke denda RS 500,000 (~RM29,000) atau penjara tiga tahun untuk kesalahan seterusnya.
Tindakan ini diambil oleh kerajaan India kerana kemasukan rokok elektronik dikatakan melemahkan inisiatif kerajaan untuk mengurangkan jumlah perokok di negara tersebut. India ialah pasaran produk tembakau kedua terbesar dunia selepas China. Pada waktu ini 16 negeri di India telahpun mengharamkan penjualan rokok elektronik tetapi pengharaman di peringkat negara masih belum dilakukan.
Rasional pengharaman kerana rokok elektronik kini disahkan membawakan impak negatif terhadap kesihatan sama seperti rokok. Rokok elektronik juga didakwa digunakan untuk menghisap kanabis yang diharamkan di India.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment