Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sony Dan Yamaha Melancarkan Pod Penumpang Swapandu SC-1 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sony Dan Yamaha Melancarkan Pod Penumpang Swapandu SC-1


Adakah fiksyen mengambil inspirasi dari dunia sebenar atau sebaliknya berlaku? Di dalam banyak karya fiksyen sains, kenderaan swapandu kerap kali dipaparkan. Fiksyen semakin hampir menjadi realiti dengan pelancaran SC-1 Sociable Cart, sebuah pod penumpang swapandu yang dibangunkan oleh Sony dan Yamaha Motor.

Pod ini boleh membawa sehingga enam penumpang dengan kemampuan swapandu. Ia menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya bagi mengurangkan pencemaran dan bergerak pada kelajuan maksimum 19 km/j. Sony menyumbang kepakaran mereka dengan penggunaan tujuh sensor kamera yang menjadi mata kepada SC-1.

Empat skrin 55″ LCD  beresolusi 4K diletakkan pada bahagian luar kenderaan untuk memaparkan maklumat ataupun iklan. Sebuah skrin 49″ LCD 4K pula diletakkan di dalam kabin untuk menghiburkan penumpang. Yamaha pula membangunkan sistem panduan elektronik dan swapandu mereka.

Projek Social Cart ini telah dibangunkan sejak 2016 bermula sebagai sebuah konsep. SC-1 akan digunakan di Jepun menjelang penghujung 2019 sebagai sebuah kenderaan jarak pendek di padang golf Kanucha, Okinawa.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.