Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ketahui Piawaian Komuniti Facebook Bagi Mengelakkan Akaun Anda Disekat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ketahui Piawaian Komuniti Facebook Bagi Mengelakkan Akaun Anda Disekat


Penggunaan Facebook pada masa kini menjadi tempat untuk pengguna berhubung dan berkenalan antara satu sama lain. Lebih dari merapatkan silaturahim, penggunaan Facebook turut meliputi perkongsian pendapat dan juga berita namun kini timbul penyalahgunaan yang berkait rapat dengan komentar-komentar dari pengguna tidak bertanggungjawab.

Jika untuk mengekang berita palsu, Facebook mempunyai program Semakan Fakta bagi mengetahui kesahihan sesuatu berita itu, untuk komentar-komentar dari pengguna serta perkongsian peribadi, Facebook mempunyai Piawaian Komuniti (Community Standards) yang tersendiri. Ini bukanlah sesuatu yang baru kerana ia telahpun dimulakan untuk beberapa tahun sudah.

Piawaian Komuniti ini merupakan garis panduan yang menyenaraikan kandungan-kandungan yang tidak boleh dikongsikan bagi menjamin keselamatan pengguna lain, dan menyediakan persekitaran yang kondusif untuk semua. Ini adalah penting lebih-lebih lagi bagi mengekang penyebaran maklumat palsu ataupun maklumat yang boleh menyebabkan kepada kecederaan individu dan juga mengapi-apikan kebencian antara kaum.

Terdapat banyak perkara yang merangkumi Piawaian Komuniti Facebook. Antara perkara yang dilarang termasuklah kandungan provokatif berbentuk seksual, kandungan lucah, keganasan, propaganda pengganas, buli secara siber, salahguna kanak-kanak, kandungan yang mencuri harta intelek, dan juga yang berkaitan dengan dadah dan senjata. Kebanyakan kandungan ini dikesan secara automatik, dan juga sekiranya terdapat sebarang aduan dari pengguna.

Sehingga kini, Facebook telah membangunkan teknologi mereka yang tersendiri bagi menapis komentar dan perkongsian yang dilarang. Ketepatan sistem ini boleh mencapai 99% bagi kandungan yang berbeza, termasuklah mengesan akaun palsu yang dicipta untuk tujuan yang tidak baik. Namun bagi perkara-perkara yang sukar difahami dari segi maksud dan konteks, seperti kandungan dan komentar berunsurkan kebencian (Hate Speech), teknologi sahaja tidak mencukupi jadi terdapat pasukan penguatkuasa polisi kandungan (Content Policy) yang akan menapis kandungan sebegini.

Bagi menyelesaikan dilema sebegini, pasukan penguatkuasa polisi kandungan yang terdiri dari sekitar 15,000 orang bertugas bagi memantau dan menentukan sekiranya sesuatu kandungan tersebut menyalahi polisi, dan mengambil tindakan terhadapnya. Pasukan ini juga boleh memahami konteks penggunaan bahasa yang berlainan, termasuklah Bahasa Melayu. Lebih dari itu, pasukan-pasukan ini juga berupaya mengenalpasti budaya dan adat kebiasaan, bagi memantau sekiranya sesuatu perkongsian itu dibolehkan, atau sebaliknya.

Pada awal bulan Jun terdahulu, saya sendiri berkesempatan hadir ke acara International Press Day yang diadakan di ibupejabat Facebook, dan dapat mendalami beberapa perkara lanjut. Salah satunya adalah berkenaan Piawaian Komuniti dan satu eksperimen dilakukan dimana mereka menunjukkan gambar ibu sedang menyusukan anak dalam keadaan menjolok mata. Rata-rata wartawan barat mengatakan gambar itu tidak bermasalah sedangkan wartawan timur mengatakan gambar tersebut patut dipadam. Pihak mereka turut menyatakan gambar seperti itu tertakluk kepada di negara mana gambar sebegitu dipaparkan.

Pada suku pertama tahun 2019, sebanyak 4 juta kandungan berunsurkan kebencian telah dipadan dan sebanyak 65.4% daripadanya dikesan oleh algoritma Facebook. Ini merupakan satu peningkatan sebanyak 38% berbanding suku pertama tahun 2018, dan pada masa hadapan, algoritma ini akan ditambah-baik dari masa ke semasa.

Proses Pengadilan Sesuatu Kandungan

Memandangkan sesuatu pengadilan kandungan didalam Facebook masih menggunakan kepakaran manusia, terdapat proses bagaimana mereka mengadili adakah sesuatu kandungan tersebut patut dibuang atau sebaliknya. Ia bermula dengan aduan yang diterima, dimana mereka akan mengutamakan sekiranya aduan tersebut memerlukan tindakan pantas yang berkait rapat dengan keselamatan.

Seperti contoh sekiranya terdapat sebarang impak secara pantas, contohnya memanggil orang ramai untuk menyertai rusuhan yang boleh mendorong kepada keganasan, ia semestinya akan terus dibuang dan penyebarannya dan interaksi dengan kandungan tersebut akan dihalang.

Sekiranya kandungan tersebut tidak berada dalam tahap sebegitu, pihak Facebook akan melihat sekiranya terdapat aduan-aduan berkaitan dengan kandungan tersebut, dan menelitinya menggunakan kepakaran mereka. Sekiranya kandungan tersebut disahkan tidak mengikut piawaian komuniti, maka kandungan tersebut akan dibuang.

Akhir sekali, Facebook turut menyarankan kepada semua pengguna supaya bertanggungjawab dan melakukan aduan sekiranya terdapat sebarang kandungan-kandungan yang menyalahi polisi-polisi mereka. Facebook akan terus komited dalam menyediakan platform media sosial yang selamat.

Bacaan lanjut: Facebook Community Standards



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.