Lagi Ura-Ura Mengatakan iPhone 11 Akan Hadir Dengan Pengecas USB-C
Beberapa ura-ura sebelum ini meramalkan Apple akan akhirnya menggunakan port pengecasan USB-C pada iPhone bagi mengikut trend pasaran dan juga yang telah mereka lakukan pada iPad Pro. Tetapi menurut ciapan akaun ChargerLAB yang memetik sumber dalaman, iPhone 11 akan akhirnya dijual dengan pengecas USB-C. Ini adalah selari dengan laporan MacOtacara pada April lalu.
Berita buruk bagi peminat Apple ialah hanya port pada pengecas akan dilengkapi port USB-C tetapi peranti masih menggunakan port Lightning. Pengecas ini besar kemungkinan adalah pengecas pantas 18W yang telah dijual oleh Apple sejak setahun lalu. Sekiranya ura-ura ini ternyata benar, iPhone 11 akan menjadi telefon pintar pertama Apple yang dijual dengan pengecas pantas di dalam kotak. Di Malaysia pengecas ini dijual pada harga RM149 tanpa kabel USB-C ke Lighthing yang dijual berasingan pada harga RM89.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment