Redmi Note 8 Dan Note 8 Pro Akan Dilengkapi Cip MediaTek Helio G90T
Pada penghujung Julai yang lalu cip MediaTek Helio G90T diumumkan diikuti pula dengan pengumuman Redmi akan jadi pengeluar pertama menggunakannya. Semalam imej acah dari Redmi mengesahkan dua peranti pertama yang menggunakan cip khusus untuk permua ini adalah Note 8 dan Note 8 Pro.
Spesifikasi penuh kedua-dua masih belum tertiris tetapi ia juga telah disahkan bakal dilengkapi sensor 64MP Samsung ISOCELL GW1 manakala Note 8 pula menggunakan sensor 48MP. Awal tahun ini Redmi Note 7 dilancarkan dengan pemproses Snapdragon 660 dengan versi Pro tidak memasuki pasaran tempatan. Redmi Note 8 dan Note 8 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 29 Ogos ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment