Samsung Galaxy Fold Mungkin Akan Dilancarkan Semula Pada 6 September
Samsung Galaxy Fold diumumkan pada bulan Februari lalu dengan penjualan pada asalnya akan dilakukan sekitar bulan April. Namun kerana beberapa masalah kritikal pada skrin menyebabkan telefon pintar boleh lipat pertama Samsung ini ditangguhkan ke tarikh yang masih belum diketahui. Namun begitu mengikut laporan Yonhap, ia akan dilancarkan semula pada 6 September ketika acara IFA Berlin sedang berlangsung.
Samsung biasanya hanya melancarkan peralatan audio visual seperti TV 8K di IFA. Tetapi sehingga hari ini kami masih belum menerima sebarang jemputan untuk pelancaran peralatan AV di IFA. Jadi mungkin terdapat kebarangkalian ini adalah petanda Galaxy Fold akan dilancarkan pada acara tersebut. Sekiranya benar, kami akan melaporkannya langsung dari IFA untuk pembaca Amanz minggu hadapan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment