Hi! Welcome Back and Stay Tune! UHD Alliance Mengumumkan “Filmmaker Mode” Pada TV Bagi Memastikan Kandungan Mengekalkan Visi Asal Pengarah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

UHD Alliance Mengumumkan “Filmmaker Mode” Pada TV Bagi Memastikan Kandungan Mengekalkan Visi Asal Pengarah


Dengan saiz TV yang semakin besar, semakin ramai memilih untuk menantikan filem kegemaran ditawarkan di kaca TV menerusi perkhidmatan penstriman. Tetapi mungkin ramai tidak menyedari bahawa kebanyakan televisyen moden kini hadir dengan fungsi Motion Smoothing yang menyebabkan kandungan yang ditonton dipaparkan pada kadar 60-100 Hz bagi mengelakkan masalah ghosting. Namun begitu ia mengakibatkan masalah baharu muncul di mana filem kini kelihatan seperti drama swasta yang murah.

Oleh itu UHD Alliance telah mengumumkan “Filmmaker Mode” pada TV untuk digunakan ketika menonton filem dan siri. Mod ini menerima sokongan pengarah ternama seperti Christopher Nolan, Martin Scorcese,  Ryan Coogler, Paul Thomas Anderson, JJ Abrams, Ang Lee, James Cameron dan banyak lagi. Tujuan mod ini diwujudkan ialah bagi membolehkan karya filem dan siri ditonton dengan betul seperti visi asal pengarah.

Lebih 99% filem dihasilkan menggunakan teknik penggambaran 24 FPS. Filmmaker Mode akan memastikan ia ditayangkan pada tetapan ini dan bukan pada kadar bingkai lebih tinggi yang boleh merosakkan pengalaman menonton. Selain sokongan dari pengarah ternama, Filmmaker Mode juga menerima sokongan dari Amazon Prime Videos, Panasonic, Vizio, Universal, dan Warner Bros. Vizio telah mengumumkan komitmen melancarkan televisyen dengan Filmmaker Mode bermula 2020.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.