Samsung Melancarkan Sensor Kamera 108MP Untuk Telefon Pintar – Bekerjasama Dengan Xiaomi
Samsung hari ini secara rasminya telah memperkenalkan sensor Samsung ISOCELL Bright HMX 108 megapixel, sekaligus membawa kepada sensor melangkaui 100MP buat pertama kalinya untuk telefon pintar.
Samsung mengatakan mereka telah bekerjasama dengan pihak Xiaomi dalam menghasilkan Samsung ISOCELL Bright HMX ini. Ia menggunakan sensor sebesar 1/1.33-inci, sekaligus merakamkan gambar dengan cantik pada pelbagai keadaan cahaya. Teknologi Tetracell yang dibawakan padanya juga membolehkan penghasilan gambar 27-megapixel dengan cantik pada keadaan cahaya malap.
Pada keadaan cahaya persekitaran cerah, ia membolehkan penggunaan mekanisma Smart-ISO yang mengoptimasikan rakaman berdasarkan keadaan persekitaran – sekaligus mengurangkan kesan hingar yang biasa terdapat pada rakaman cahaya gelap dan sebagainya.
Pada masa yang sama, HMX turut membawakan sokongan rakaman video nirhilang pada resolusi sehingga 6K (6016×3384) pada kadar 30fps.
Samsung mengatakan pengeluaran Samsung ISOCELL Bright HMX ini akan dimulakan pada bulan ini, dan kita dijangka dapat melihat ia pada peranti keluaran Xiaomi tidak lama lagi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
//" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = '//eccdn1.synad3.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); //]]>
Post a Comment