Hi! Welcome Back and Stay Tune! TIGA MB KERAJAAN PH PANAS PUNGGUNG - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TIGA MB KERAJAAN PH PANAS PUNGGUNG


TIGA Menteri Besar panas punggung, bukan kerana api tetapi kerana haba dan larva politik yang bergerak di bawah bumi tadbiran mereka. MB itu, Amiruddin Shari (Selongor), Sharuddin Jamal (Johor) dan  Ahmad Faizal Azumu (Perak).
Amiruddin mula tidak selesa apabila tercetus isu video lucah Haziq Aziz yang membabitkan bosnya Azmin Ali. Amiruddin yang dilihat berpihak dan “pemikul guni” Azmin dengan menaiki bukit mula bertindak songsang dalam menghadapi isu berkenaan apabila menyatakan sokongan terbuka kepada Azmin yang juga timbalan presiden Keadilan dan membelakangkan presiden, Anwar Ibrahim.
Sharuddin pula yang mengambil alih jawatan daripada bekas MB, Osman Sapian dikatakan tidak mendapat dokongan parti dan dia dilihat MB anggukan kepada Istana. Kegagalan menyelesaikan isu pencemaran air dan alam sekitar di Pasir Gundang menunjukkan kelemahan dan ketidakmampuannya memikul tanggungjawab sebagai MB.
Pernyataan mohon maaf beliau kepada rakyat Johor kerana gagal mengatasi pencemaran itu menjelaskan kegagalan beliau sebagai MB.
Manakala Faizal pula menghadapi masalah sama tidak menunjukkan komitmen kepada tanggungjawab dan tugas sebagai MB. Banyak isu rakyat di Perak dibiarkan begitu sahaja. Dua isu besar yang mengapit dirinya, masalah permohonan tanah oleh Orang Asli dan isu pembalakan. Katanya Orang Asli cukup marah dengan MB itu.
Faizal juga dilihat seorang MB yang tidak berdisiplin dan komited dengan tugasnya apabila dikatakan sering tuang majlis dan menggantikan dengan orang lain termasuk majlis membabitkan Sultan Perak.
Bagaimana pun kedudukan mereka ini, setakat hari ini masih selamat kerana ia tidak diberikan perihatian oleh PM yang sibuk dengan urusan lain. Dr Mahathir bagaimana dipercayai sedar kelemahan ketiga-tiga MB itu tetapi tidak dapat memberi tumpuan kerana sibuk dengan urusan negara yang lain. Isu menimpa MB itu dianggap isu dalaman yang tidak perlu disegerakan.
Kesan daripada kelemahan dan masalah dihadapi ketiga-tiga MB itu meletakkan kerajaan PH di negeri-negeri berkenaan tidak begitu membanggakan. Ketiga negeri berkenaan mulai ditandai oleh pembangkang untuk merampasnya dalam pilihan raya akan datang.
Negeri paling kritikal sekali ialah Perak.
– https://ift.tt/IjtW1w


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




//" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = '//eccdn1.synad3.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); //]]>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.