‘Android Auto for Phone Screens’ Adalah Aplikasi Android Auto Baharu Untuk Android
Aplikasi Android Auto adalah aplikasi yang menjadikan telefon pintar Android kepada antaramuka inforia untuk kenderaan. Google nampaknya telah secara perlahan menghentikan aplikasi ini dan kelak ‘Android Auto’ hanya akan terhad kepada sistem inforia pada kenderaan sahaja. Menurut Google, keputusan ini dibuat kerana Android 10 sudah hadir dengan ‘Android Auto’ terbina dan aplikasi asing sudah tidak diperlukan lagi.
Akan tetapi bagaimana jika peranti tersebut tidak menjalankan Android 10? atau kenderaan milik pengguna tiada sistem inforia Android Auto? Google memberitahu pengguna yang pasang sahaja Android Auto pada telefon pintar yang menjalankan Android Pie, aplikasi Android Auto akan kekal di dalam peranti mereka selepas Android 10 dikemaskini. Google juga mencadangkan menggunakan Google Backup untuk mengembalikan aplikasi Android Auto pada peranti sedia ada.
Tetapi bagaimana kalau pengguna ‘malas’ atau kurang ilmu pengetahuan untuk melakukan perkara sedemikian? Kelak, akan terdapat aplikasi baharu bagi menggantikan Android Auto untul telefon pintar. Aplikasi ini dinamakan sebagai ‘Android Auto for Phone Screens’. Ia mungkin adalah Android Auto serba baharu seperti Google Assistant driving mode yang pernah diperlihatkan pada bulan Mei lepas.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment