Samsung Melancarkan Semula Galaxy Fold – Telefon Pintar Dengan Skrin Boleh-Lipat
Samsung sebelum ini telah melancarkan Galaxy Fold, iaitu telefon pintar dengan rekaan skrin boleh-lipat mereka. Walaubagaimanapun, penjualannya terpaksa ditangguhkan disebabkan ia perlu melalui beberapa perubahan. Selepas penangguhan sementara, hari ini Samsung secara rasminya mengumumkan pelancaran kembali Samsung Galaxy Fold ini.
Melalui perubahan yang dibawakan, Galaxy Fold menyertakan lapisan pelindung pada skrin yang direka semula, selain turut menyertakan bahagian engsel yang ditambah-baik untuk mengelak daripada debu masuk kedalamnya.
Bersama-sama pelancaran semula ini, Samsung turut memperkenalkan variasi 5G untuk Galaxy Fold.
Samsung Galaxy Fold ini akan ditawarkan bermula esok di Korea Selatan, dan ditawarkan di negara-negara lain secara berperingkat bermula bulan ini.
Dari segi spesifikasi, Galaxy Fold hadir dengan skrin 7.3-inci AMOLED yang boleh-dilipat, skrin luaran 4.6-inci AMOLED, dilengkapi dwi-kamera hadapan, tri-kamera belakang, memori 12GB RAM, dan storan 512GB UFS 3.0. Peranti ini masih menjalankan sistem operasi Android 9.0 Pie.
Dengan pengumuman semula ini, kita mungkin mendengar kembali berkenaan dengannya daripada Samsung Malaysia dalam masa terdekat ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment