Apple iOS13 Membawakan Sokongan Tulisan Jawi
Apple menyertakan sejumlah ciri-ciri baru bersama dengan kemaskini sistem operasi terbaru mereka untuk iPhone, iaitu iOS 13. Kemaskini ini telah ditawarkan sejak semalam, sekaligus membolehkan pengguna iPhone menikmati ciri-ciri terbaru yang dibawakan bersama dengannya.
Disertakan bersama-sama dengan kemaskini berkenaan juga adalah sokongan pilihan papan kekunci baru, iaitu dalam tulisan jawi. Apple melabelkannya sebagai “Malay (Arabic)”, dan selepas ia diaktifkan pada papan kekunci anda, pilihan tulisan jawi akan disertakan untuk anda menaip menggunakannya.
Untuk menambahnya pada papan kekunci anda, anda hanya perlu ke “Settings > General > Keyboard”, dan memilih “Add New Keyboard”. Melaluinya, anda boleh menambah “Malay (Arabic)” untuk menambah tulisan jawi pada papan kekunci di iPhone anda.
Baca : Ciri Baru Pada iOS 13
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment