Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Mempatenkan Sistem Pengecaman Tangan Untuk Apple Watch – Digunakan Untuk Pemantaun Kesihatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Mempatenkan Sistem Pengecaman Tangan Untuk Apple Watch – Digunakan Untuk Pemantaun Kesihatan


LG G8 ThinQ adalah peranti mercu dari LG untuk tahun ini. Ia diperlihatkan pada acara MWC 2019 beberapa bulan lalu. Apa yang menarik dengan peranti ini adalah, ia hadir dengan sistem sekuriti pengecaman tangan yang juga berfungsi sebagai kawalan gestur atas udara.

Apa yang LG buat kelihatan gimik semata-mata kerana kawalannya mengambil masa, begitu juga ketika ingin menyahkunci peranti. Nampaknya Apple di masa akan datang, mungkin akan ‘meniru’ fungsi ini dan jika Apple ‘meniru’ sesuatu pasti ianya adalah lebih baik. Informasi ini diperoleh melalui paten Apple yang telah didaftarkan. Paten ini mencadangkan yang sistem pengecaman tangan akan diimplementasikan pada Apple Watch.

Teknologi ini menggunakan skrin dengan beberapa lapisan substrat, lapisan fotodiod dan juga lapisan field of view. Di bawah skrin pula akan ada sensor infra merah, dan sensor untuk mengenalpasti urat-urat pada tapak tangan. Kedutan pada tapak tangan kemudiannya secara selari akan diimbas dengan cahaya spektrum untuk data yang lebih jitu. Paten ini juga memberitahu yang sensor-sensor dalam teknologi ini turut menggunakan teknologi yang mirip dengan kamera TrueDepth untuk FaceID.

Akan tetapi pengecaman tapak tangan ini atau HandID, ingin difokuskan kepada pemantaun kesihatan. Walaupun paten ini tidak menjelaskan pemantaun kesihatan yang bagaimana, data kejituan pada urat tapak tangan mungkin boleh memantau masalah bengkak, darah tersumbat atau yang seangkatan dengannya. Seperti biasa, jika paten didaftarkan tidak semestinya ia akan menjadi realiti. Apa-apa pun kita lihat sahaja ‘inovasi’ baharu Apple akan datang.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.