Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Mungkin Menjual Perniagaan Kelengkapan 5G Mereka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Mungkin Menjual Perniagaan Kelengkapan 5G Mereka


Kelengkapan 5G yang dikeluarkan oleh Huawei sedang diuji di Malaysia dan beberapa negara lain. Namun begitu di negara seperti Amerika Syarikat dan Eropah, penggunaan peralatan komunikasi 5G telah diharamkan kerana Huawei dituduh melakukan intipan bagi pihak kerajaan China. Menurut laporan The Economist, Huawei mungkin menjual perniagaan 5G mereka bagi menghilangkan stigma menggunakan kelengkapan mereka.

Hasrat ini diutarakan oleh Ren Zhengfei, pengasas Huawei di dalam sebuah temuramah pada 10 September lalu. Huawei akan hanya menjual kepada syarikat di luar Asia. Pembeli akan menerima kesemua paten 5G, lesen. kod, rangka tindak teknikal dan pengilangan kelengkapan telekomunikasi mereka. Mereka juga kemudian bebas mengubah kod yang digunakan bagi menghilangkan kerisauan sistem yang dijual masih boleh diakses oleh Huawei atau kerajaan China.

Tindakan penjualan aset 5G ini mungkin dilihat sebagai langkah yang agak mengejutkan tetapi terpaksa dilakukan bagi memastikan kelangsungan masa depan syarikat. Tuduhan mengintip menyebabkan mereka disekat dari pasaran Amerika Syarikat dan kini masa depan penggunaan Android juga samar-samar kerana sekadar menerima lesen sementara.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.