Beberapa Spesifikasi Mi 9 Pro 5G Diperlihatkan – Hanya Versi 5G Sahaja Akan Diperkenalkan
Xiaomi Mi 9 adalah peranti mercu ‘utama’ Xiaomi. Esok Xiaomi akan melancarkan Mi 9 Pro 5G dan Mi MIX 5G (mungkin Alpha). Untuk Mi 9 Pro 5G ia dilihat masih menggunakan rekaan yang sama dengan Mi 9, jadi ini bermakna hanya dalaman sahaja yang dikemaskini. Kemudian Mi MIX 5G ini masih menjadi misteri.
Baru-baru ini di Weibo, beberapa spesifikasi Mi 9 Pro 5G telah dikongsikan. Menurut Lei Jun, Mi 9 Pro hanya akan dilancarkan dalam variasi 5G dan tiada variasi 4G. Bateri pulah dilihat adalah 4000mAh, dengan baki 21% walaupun sudah 7 jam digunakan. Untuk pengecasan pula, ia akan menyokong pengecasan pantas berwayar 40W dan pengecasan nirwayar pantas Mi Charge Turbo 30W. Untuk pembesar suara pula , Mi 9 Pro menggunakan teknologi rongga suara 1.04CC, 1217 pembesar suara adi linear, sokongan PA pintar, latensi rendah dan LHDC.
Dengan mengikut trend banyak peranti mercu sekarang, Mi 9 Pro turut menyertakan enjin getaran haptik seakan iPhone. Ia dinamakan sebagai 4D Shock atau getaran HD. Xiaomi akan menawarkan 150 mod getaran berbeza, mengikut situasi mana yang sesuai digunakan. Lebih menarik, NFC pada Mi 9 Pro 5G akan menyokong eID untuk dijadikan sebagai kad akses pengangkutan awam, kunci kereta digital dan pembayaran nirtunai seakan Apple Pay.
Kita hanya akan tahu maklumat lanjut bermula esok. Sama-sama kita nantikan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment