Hi! Welcome Back and Stay Tune! MIUI 11 Akan Hadir Dengan Fungsi Perkongsian Antara Keluarga – Memfokuskan Kepada Keselamatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MIUI 11 Akan Hadir Dengan Fungsi Perkongsian Antara Keluarga – Memfokuskan Kepada Keselamatan


Apple dan Google sudah lama mengimplementasikan fungsi perkongsian antara keluarga. Untuk Apple, hanya pengguna produk-produk Apple sahaja yang boleh nikmatinya. Pemilik akaun boleh berkongsi kaedah pembayaran, aplikasi yang telah dibeli dan lokasi setiap ahli. Manakala Google pula, ia diimplementasikan pada akaun Google – jadi Google Drive, Google Photos dan cara pembayaran boleh dikongsi antara mana-mana peranti Android.

Terbaru daripada Xiaomi adalah, fungsi perkongsian keluarga serba baharu akan diimplementasikan pada MIUI 11. Menariknya, fungsi ini tidak terhad kepada peranti Xiaomi dan MIUI sahaja. Ia boleh digunakan pada mana-mana telefon pintar Android lain dan juga iOS. Hanya seorang sahaja dalam satu keluarga memerlukan peranti Xiaomi.

Fokus di sini dilihat lebih kepada keselamatan atau boleh dikatakan, ia seakan fungsi Find My pada iOS 13. Selain itu, ia juga boleh mengawal masa penggunaan aplikasi, kawalan terhadap penggunaan WeChat dan juga kawalan terhadap anak-anak. Fungsi ini akan dilancarkan bersama-sama dengan MIUI 11 yang akan diumumkan esok dengan Mi 9 Pro 5G dan Mi MIX 5G. Sama-sama kita nantikan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.