Canon PowerShot G7 X III Dan G5 X II Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM2999
Kamera digital masih lagi digunakan kerana memberikan pelbagai fungsi yang mungkin tidak disertakan pada kamera peranti mudah alih serta kualiti imej yang lebih tinggi. Di kalangan YouTuber, penggunaan kamera digital masih lagi tinggi atas sebab yang sama. Pagi ini kamera digital Canon PowerShot G7 X III dan PowerShot G5 X II akhirnya memasuki pasaran Malaysia. Kedua-duanya direka untuk penghasilan video digital dan hadir dengan kemampuan rakaman vide0 secara menegak.
Canon PowerShot G7 X III hadir dengan fungsi melakukan penstriman secara langsung ke YouTube dan merakam video secara menegak khusus untuk media sosial seperti Instagram Stories. Dari segi spesifikasi G7 X III dilengkapi sensor 20.1 Megapixel CMOS sebesar 1 inci, cip pemproses imej DIGIC 8, zum optikal sehingga 4.2X, rakaman video sehingga 4K 30FPS, pengecasan menerusi USB-C dan bicu untuk mikrofon luaran.
Canon PowerShot G5 X II pula dilengkapi sensor 20.1 Megapixel CMOS sebesar 1 inci, cip pemproses imej DIGIC 8, zum optikal sehingga 5X, rakaman video sehingga 4K 30FPS, pengecasan menerusi USB-C dan bicu untuk mikrofon luaran. Kemampuan rakaman video serta aksesori adalah sama seperti G7 X III. Walaupun dijual pada harga lebih tinggi, G5 X II tidak menyokong ciri penstriman langsung ke YouTube.
Harga jualan Canon PowerShot G7 XIII adalah RM2999 dalam warna hitam serta perak manakala untuk PowerShot G5 X II pula ialah RM3599 bermula hari ini dalam warna hitam. Dengan setiap pembelian sebuah kad memori sebesar 64GB akan diberikan percuma.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment