Google Mengacah Pengenalan Google Play Pass – Perkhidmatan Langganan Aplikasi Dan Permainan
Google hari ini telah mula mengacah pengenalan Google Play Pass, mengatakan ia bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Pihak Google tidak berkongsi mengatakan apakah itu Play Pass. Namun, mengikut ketirisan dan spekulasi sebelum ini, Play Pass akan menawarkan akses kepada pelbagai aplikasi dan permainan berbayar melaluinya – tanpa keperluan membuat pembelian dalam-aplikasi mahupun paparan iklan.
Dengan penawaran ini, ia sekaligus membolehkan pengguna untuk mengakses pelbagai aplikasi tanpa perlu risau untuk membelinya secara berasingan satu demi satu.
Buat masa ini, harga penawaran untuk langganan bulannya masih tidak diketahui lagi.
Selain Google, pihak Apple turut telah mengumumkan perkhidmatan lebih kurang sama dinamakan Apple Arcade – dan lebih memfokuskan kepada langganan permainan sahaja buat masa ini yang boleh dimainkan pada pelbagai saiz peranti.
It’s almost time Google Play Pass is coming soon. pic.twitter.com/vTbNmRehLm
— Google Play (@GooglePlay) September 9, 2019
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment