Aplikasi Kamera Pihak Ketiga Juga Tidak Boleh Membuat Rakaman Video 4K 60FPS Pada Pixel 4
Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL setakat ini adalah peranti mercu Google paling mengecewakan. Harga sudah mahal, fungsi dan ciri yang terhad dan tidak mampu bersaing dengan peranti mercu yang lain. Salah satu isu yang ramai benci adalah, Pixel 4 tidak boleh membuat rakaman video 4K 60FPS dan alasan yang Google berikan sebelum ini – langsung tidak boleh diterima.
Kebiasaannya, pengguna terpaksa menggunakan aplikasi kamera pihak ketiga untuk mengakses lebih kawalan kamera. Contohnya, kawalan manual dan lebih profesional atau juga rakaman 4K 60FPS tanpa sebarang masalah. Salah satu aplikasi yang popular adalah Open Camera. Dalam Open Camera, terdapat pilihan untuk membuat rakaman video 4K 60FPS – namun fail video yang sudah dirakam dilihat disimpan dalam 4K 30FPS sahaja.
Tetapi, usah risau kerana ini adalah isu kepada aplikasi Open Camera itu sendiri. Google tidak mengehadkan dari segi perkakasan atau sistem, kerana sumber menguji dengan peranti lain yang memang menyokong rakaman 4K 60FPS – aplikasi Open Camera masih menyimpan dalam bentuk 30FPS.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment