Google Memberi Penjelasan Kenapa Penggunaan 90Hz Pada Skrin Pixel 4 Dihadkan
Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL adalah dua peranti baharu Google yang mempunyai skrin dengan kadar semula yang tinggi. Tetapan yang Google gunakan adalah boleh-ubah dari 60Hz ke 90Hz, tetapi 90Hz ini hanya akan berfungsi jika kecerahan skrin adalah pada tahap maksimum. Jika kecerahan skrin bawah 100%, kadar segar semula skrin dihadkan kepada 60Hz sahaja. Perkara ini adalah mengecewakan, kerana Pixel 4 adalah peranti yang mahal dan jika dibandingkan dengan OnePlus 7T – penggunaan 90Hz tidak terhad pun.
Untuk isu ini, Google telah memberikan penjelasan. Menurut Google, apabila mod kecerahan ambient digunakan atau kecerahan yang rendah ditetapkan hanya 60Hz sahaja yang boleh digunakan. Ini kerana perkakasan yang digunakan adalah tidak sesuai dan mempunyai had. Apabila mod ambient aktif dan pertukaran secara automatik antara 60Hz ke 90Hz, ia akan menjadikan skrin berkelip-kelip. Alasan lain pula adalah, lengkungan gamma kecerahan yang digunakan pada setiap tetapan kadar segar semula juga adalah berbeza. Jadi, untuk sentiasa berada dalam tetapan 90Hz adalah mustahil dengan mod kecerahan ambient aktif.
Meskipun begitu, pengguna yang ingin tetapkan sentiasa 90Hz tidak menjadi masalah. Hanya pergi ke tetapan pilihan pembangun dan pilih sentiasa 90Hz. Akan tetapi, ketahanan bateri akan menjadi sangat teruk dan Pixel 4/Pixel 4 XL buat masa ini ramai melaporkan ketahanan bateri tidak baik. Jika tetapan sentiasa 90Hz digunakan, jangan terkejut kalau SOT hanya 3 jam sehari. Buat masa ini tiada jalan penyelesaian lagi buat isu ini. Harapnya, Google boleh mengemaskini masalah ini. Kerana ini adalah isu yang serius, jika pengguna tidak boleh menggunakan mod kecerahan ambient.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment