Apple AirPods Baharu Mungkin Mempunyai Sistem Pembatalan Hingar Boleh Laras
Rekaan Apple AirPods baharu telah tertiris dua minggu lalu dan ia dikhabarkan akan menyokong sistem pembatalan hingar aktif buat pertama kali. Tidak seperti model sebelum ini, ia adalah dari jenis dalam-telinga bagi memudahkan proses menyekat pencemaran audio luaran ketika menikmati muzik. Hari ini muncul pula petanda sistem pembatalan hingar aktif ini boleh dilaraskan oleh pengguna.
This new animation in iOS 13.2 will teach users how to change noise cancelation options on the new AirPods. https://t.co/p17iN47Sy4 pic.twitter.com/T7YwaFw5Cv
— Guilherme Rambo (@_inside) October 10, 2019
Animasi baharu ditemui di dalam iOS 13.2 Beta yang menunjukkan terdapat pilihan kawalan baharu di bawah grafik tetapan audio. Dengan ini pengguna boleh mematikan pembatalan hingar sekiranya diperlukan contohnya ketika berjalan atas tujuan keselamatan. Sistem pembatalan hingar yang boleh dilaras telahpun disokong pada fon telinga dan fon kepala Sony sejak setahun lalu. Ia adalah fungsi yang kami gunakan ketika di lapangan terbang. Sejauh manakah kebenaran ura-ura ini akan diketahui selepas AirPods baharu dilancarkan kelak.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment