Google Maps Dikemaskini Dengan Fungsi Panduan Suara Lebih Butiran Untuk Pengguna Kurang Daya Penglihatan
Google Maps adalah aplikasi pemetaan yang padat dengan pelbagai fungsi dan ciri yang menarik. Antaranya adalah navigasi untuk penunggang motosikal, pintar dalam memberi cadangan destinasi yang pengguna ingin pergi, menempah Grab terus dari aplikasi, navgasi realiti terimbuh dan banyak lagi. Google Maps juga sesuai digunakan oleh pengguna yang kurang upaya, contohnya laluan untuk pengguna berkerusi roda.
Baru-baru ini, Google menambah lagi fungsi baharu untuk pengguna kurang upaya – iaitu panduan bersuara yang lebih jelas dan lebih butiran. Ia adalah bagi membantu mereka yang kurang daya penglihatan. Antara sebab Google mula mengimplementasikan fungsi ini adalah, terdapat 2.2 Bilion manusia yang kurang daya penglihatan (data dari World Health Organization, WHO). Fungsi ini sama sahaja dengan panduan bersuara yang sebelum ini, cuma ia lebih jelas dan suara yang bercakap akan memberitahu lebih butiran mengenai selok-belok atau halangan mengikut data dari Google Maps.
Fungsi ini sudah pun diberikan pada Google Maps untuk Android dan iOS dan ia bukan sahaja terhad kepada pengguna kurang daya penglihatan. Mereka yang tidak percaya akan kejituan Google Maps turut boleh mengaktifkannya agar lebih banyak butiran diterima. Untuk aktifkannya, pergi ke Google Maps > tekan menu burger > pergi ke Settings > pilih tetapan “Navigation” > pada bahagian bawah akan terpapar “Detailed voice guidance” > aktifkan “Walking options”.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment