Hi! Welcome Back and Stay Tune! Blue Origin, Lockheed Martin Dan Northrop Grumman Bekerjasama Menjayakan Misi Ke Bulan NASA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Blue Origin, Lockheed Martin Dan Northrop Grumman Bekerjasama Menjayakan Misi Ke Bulan NASA


NASA ingin menghantar wanita pertama ke permukaan bulan di bawah misi Artemis menjelang 2024. Tetapi mereka mengakui kos misi ini mencecah RM125 bilion dan bantuan dari syarikat persendirian adalah diperlukan kerana mereka tidak mempunyai dana yang mencukupi. Hari ini di acara International Astronautical Congress, Blue Origin mengumumkan kerjasama dengan Lockheed Martin. Northrop Grumman dan Draper untuk membangunkan modul pendaratan untuk misi Artemis.

Keempat-empat firma aeroangkasa ini akan bertanggungjawab menghasilkan elemen berbeza bagi menjayakan misi. Blue Origin akan menjadi kontraktor utama bagi menguruskan program, memastikan keselamatan misi dan sistem kejuruteraan. Modul pendaratan akan dibina berasaskan Blue Moon yang diperlihatkan oleh mereka Mei lalu.

Northrop Grumman pula akan membangunkan elemen penghantar yang membawa modul pendaratan ke bulan. Lockheed Martin akan membangunkan elemen pelonjak yang menghantar angkasawan kembali ke orbit selepas usainya misi. Akhir sekali ialah Draper yang akan membangunkan sistem avionik dan panduan.

Pengumuman yang dilakukan adalah mengejutkan kerana sebelum ini NASA, Blue Origin dan Lockheed masing-masing mengumumkan misi ke bulan mereka sendiri. Dengan bekerjasama kos yang ditanggung oleh setiap entiti dapat dikurangkan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.