Teksi Swaterbang Volocopter Berjaya Melakukan Ujian Penerbangan Di Singapura
Volocopter berjaya melakukan sebuah lagi ujian penerbangan teksi terbang mereka kali ini di Singapura. Penerbangan ujian selama dua minit yang dilakukan semalam memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh mereka sendiri tahun lalu.
Ini menjadikan Singapura negara ketiga selepas Jerman dan UAE ujian penerbangan terbuka dilakukan. Sebuah Volocopter 2X yang diterbangkan oleh seorang juruterbang melakukan demonstrasi sekitar Marina Bay Sands. Di tempat yang sama, prototaip lapangan teksi terbang Volo Port juga telah diperlihatkan buat kali pertama.
Singapura ialah antara negara yang mempunyai pelan perlaksanaan kenderaan swapandu yang paling maju di dunia. Selain sudah melakukan ujian teksi terbang, mereka juga telah berjaya melakukan ujian penghantaran barang menggunakan dron. Lebuh raya udara untuk dron dan teksi terbang telah diwartakan bersama dengan ujian teksi dan bas yang beroperasi secara swapandu.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment