Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dron Ini Direka Untuk Memusnahkan Dron Lain Dengan Pelanggaran Di Udara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dron Ini Direka Untuk Memusnahkan Dron Lain Dengan Pelanggaran Di Udara


Dron komersial digunakan secara meluas sekarang kerana harga jualan yang semakin mampu milik. Akibatnya telah berlaku insiden ia memasuki ruang udara lapangan terbang sehingga mengganggu operasi udara. Di dalam kes lebih serius, dron telah digunakan untuk melakukan misi bunuh diri di Venezuela dan Syria. Bagi menentang serang dron pelbagai sistem telah dibangunkan dan senjata terkini anti-dron dibangunkan oleh firma Anduril.

Dron Anduril Interceptor direka untuk memusnahkan dron lain dengan melakukan pelanggaran di udara. Anduril ialah syarikat yang ditubuhkan oleh Palmer Lucky yang juga merupakan pengasas Oculus sebelum ini. Dron Anduril dilengkapi sistem kecerdasan buatan Lattice AI. Pengawal hanya perlu memberikan arahan untuk memunahkan dron yang memasuki ruang udara dan Interceptor akan melakukan tugasan secara automatik.

Interceptor dilaporkan telah dibeli oleh tentera Amerika Syarikat dan UK untuk tugasan memintas dron musuh yang mungkin sedah melakukan intipan. Tentera Amerika Syarikat kini mempunyai beberapa sistem anti dron yang digunakan secara aktif. Pada pesawat pengangkut helikopter, sistem Light Marine Air Defense Integrated System telah berjaya mengakis serangan dron milik ketika beroperasi di Selat Hormuz Julai lalu.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.