Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jika Laksana Semula GST, Saya Sedia Jadi Konsultan Percuma - Ahmad Maslan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jika Laksana Semula GST, Saya Sedia Jadi Konsultan Percuma - Ahmad Maslan



KUALA LUMPUR - Sekiranya Pakatan Harapan (PH) bersetuju melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menawarkan diri untuk menjadi konsultan percuma kepada kerajaan.

Menurutnya, beliau akan bertemu rakyat bagi menjelaskan kebaikan GST kepada mereka dan semuanya akan dibuat secara percuma.

“Saya adalah individu yang paling gembira kalau GST dikembalikan. Saya cadangkan agar cadangan kembalikan GST perlu diteliti kerajaan.

“Saya yakin bahawa 170 negara yang laksanakan GST tidak silap, 88 peratus negara dalam dunia yang laksana GST tidak silap. GST tidak silap. Yang silap bila laksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kerana SST adalah cukai kuno dan tidak telus,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Mengulas cadangan pelaksanaan GST pada kadar tiga peratus, Ahmad secara peribadi berpendapat kadar tersebut agak rendah.


“Kalau tiga peratus terlalu rendah, mungkin boleh turun ke lima peratus. Kalau tidak, kerajaan tidak akan mendapat pendapatan sewajarnya.

“Pendapatan itu boleh digunakan untuk kebajikan rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu menegaskan beliau tidak pernah menerima cek dengan jumlah yang ditunjukkan kepadanya berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya telah disiasat oleh dua pihak berhubung dakwaan bahawa saya menerima wang yang dikatakan berkaitan 1MDB.

“Pertama kali siasatan oleh pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan kedua oleh pihak SPRM sebelum ini. Namun saya telah memberitahu mereka bahawa saya tidak pernah menerima cek dengan jumlah yang ditunjukkan,” katanya.

Tambahnya, beliau juga telah menandatangani dokumen PDRM dan SPRM bahawa beliau tidak pernah menerima wang seperti yang dinyatakan.

“Saya akan berbincang dengan peguam saya untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Sumber: Sinar Harian


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.