Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua Maut, Dua Cedera Dalam Kemalangan Tiang Konkrit Jatuh Dari Treler - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua Maut, Dua Cedera Dalam Kemalangan Tiang Konkrit Jatuh Dari Treler



Ipoh : Dua lelaki maut manakala dua lagi wanita tersepit selepas kereta dinaiki mereka dipercayai terlibat kemalangan susulan tiang konkrit terjatuh dari treler di Km 257 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Terowong Menora dekat sini malam ini.

Difahamkan beberapa tiang konkrit yang dibawa treler itu terjatuh ke atas jalan dan terpelanting memasuki laluan bertentangan lalu terkena beberapa kenderaan di kedua-dua arah lebuh raya berkenaan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian yang mengorbankan mangsa yang maut dikenali sebagai Leong Woei Sar, 34, dan Cheah Kim Seng, 60, itu pada pukul 9.13 malam.

Katanya, mangsa yang tersepit dan mengalami kecederaan dikenali sebagai Cheah Mun Yee, 30, dan Cheah Mee Yee, 27 tahun.


“Kami segera mengerahkan sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan dan mendapati kereta mangsa terbabas.


“Terdapat beberapa buah kenderaan terlibat disebabkan pelanggaran dari arah belakang akibat tiang konkrit yang terjatuh dari treler menghempap kenderaan yang pertama (hadapan),” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.



Beliau berkata mangsa yang maut telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk tindakan lanjut manakala operasi mengeluarkan dua lagi mangsa masih dijalankan di tempat kejadian.

Aliran trafik di kedua-dua arah dilaporkan sesak susulan kemalangan itu.

Sumber : Bernama via Siakapkeli.my


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.