Dubai Melancarkan Bot Fatwa Yang Dikuasakan Kecerdasan Buatan – Mampu Menjawab 200 Soalan Mengenai Agama
Secara lazimnya, apabila seseorang mempunyai kemusykilan mengenai agama, kita biasanya akan bertanya kepada mereka yang lebih berilmu, khususnya ustaz ataupun mufti.
Kerajaan Dubai baru-baru ini telah dilihat memperkenalkan sebuah “bot fatwa” yang dinamakan Virtual Ifta’ boleh menjawab kemusykilan orang ramai mengenai hal-hal agama.
Bot ini dibangunkan oleh Islamic Affairs And Charitable Department (IACAD) Dubai, dan melalui sebuah laman web yang merumahkannya, mampu menjawab sekitar 200 soalan mengenai solat, zakat, kesucian dan ibadat.
Buat masa ini, bot Virtual Ifta’ ini hanya boleh diakses melalui laman web IACAD didalam bahasa Arab dan Inggeris, tetapi di masa akan datang, IACAD akan memperkenalkan akses melalui aplikasi-aplikasi seperti WhatsApp, teknologi suara dan juga melalui aplikasi IACAD sendiri.
Dalam pada itu, terdapat juga perancangan untuk menambahkan topik-topik yang boleh dijawab oleh Virtual Ifta’, seperti puasa, kesucian dan wudhu’.
Jika anda berminat untuk menguji kebolehan bot fatwa ini, anda boleh layari laman web IACAD dan klik pada pilihan Chat With Us.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment