Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Dijangka Memperkenalkan Huawei Nova 6 Dengan Dwi-Kamera Swafoto, Sokongan 5G - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Dijangka Memperkenalkan Huawei Nova 6 Dengan Dwi-Kamera Swafoto, Sokongan 5G


Huawei mempunyai siri Nova yang lebih memfokuskan kepada rakaman gambar dan swafoto melaluinya. Selepas pengenalan Nova 5 beberapa bulan lepas, kini pengeluar dari China berkenaan dalam perancangan untuk memperkenalkan Nova 6 tidak lama lagi.

Huawei dijangka memperkenalkan Nova 6 ini sekitar bulan Disember kelak, dan ia dijangka akan menjadi peranti dibawah siri Nova yang terawal menyertakan sokongan rangkaian 5G.

Huawei Nova 6

Selari dengannya, kini 91Mobiles turut berkongsi beberapa gambar pengolokkan telefon pintar berkenaan.

Huawei Nova 6 5G ini dilihat menyertakan rekaan skrin berlubang pada bahagian hadapan – dan menariknya ia kini menyertakan dwi-kamera swafoto yang diposisikan pada bahagian kiri peranti.

Pada bahagian belakang pula, Huawei Nova 6 5G menyertakan tiga kamera dan berkemungkinan bersama-sama sebuah kamera ToF. Pengimbas cap jari berkemungkinan disertakan pada skrin seperti beberapa peranti lain pada hari ini.

Seperti biasa, buat masa ini, ia hanya spekulasi dan desas-desus awal sahaja. Kita mungkin mendengar lanjut mengenai peranti terbaru Huawei ini dalam masa beberapa bulan akan datang.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.