Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Inilah Nanah Dan Tisu Mati Dalam Paru-Paru Seorang Perokok Tegar" – Dr Hana Hadzrami - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Inilah Nanah Dan Tisu Mati Dalam Paru-Paru Seorang Perokok Tegar" – Dr Hana Hadzrami



TABIAT merokok memang sukar dihentikan terutama perokok tegar atau bagi individu yang tiada usaha langsung untuk keluar daripada kepompong itu meskipun tahu akibat buruk bakal ditanggung.

Rokok bukan sahaja membahayakan perokok, malah turut mengakibatkan orang di sekeliling juga menganggung akibat yang sama.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan lebih tujuh juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat merokok atau menghidu asap rokok disebabkan pelbagai penyakit seperti kanser mulut, serangan jantung, strok dan banyak lagi.

Nanah, tisu mati disimpan hampir setahun

Baru-baru ini, seorang doktor perubatan, Dr Hana Hadzrami telah berkongsi gambar paru-paru pesakit kanser yang juga seorang perokok tegar.


Menurut Dr Hana, paru-paru tersebut terpaksa dibuang kerana melekat pada ketumbuhan pada tulang dada pesakit dan ianya dipenuhi dengan nanah serta tisu mati yang terkumpul dalam tempoh setahun.


“Kalau ikutkan pesakit masih nak simpan lagi buat bekalan di masa hadapan. Tapi ianya terpaksa dibuang kerana melekat pada ketumbuhan pada tulang dadanya.

“Sebenarnya dia datang hanya nak buang kanser sahaja bukan nak buang nanah pun. Susah nafas dia boleh tahan tapi sakitnya kanser tak tertanggung rasanya. Kesian perokok ini. Bagaikan jatuh ditimpa tangga,” kata Dr Hana.

Sementara itu, Dr Hana turut menasihati perokok di luar sana agar meninggalkan tabiat yang tidak sihat itu, kerana ianya tidak memberikan sebarang kebaikan langsung kepada diri dan ahli keluarga.

Sumber: https://ift.tt/2TP95R3


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.