Hi! Welcome Back and Stay Tune! Undang-undang disiplinkan sumbangan politik, pelihara integriti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Undang-undang disiplinkan sumbangan politik, pelihara integriti


Ketua Pengarah GIACC, Abu Kassim Mohamed undang-undang sumbangan politik bertujuan memastikan tidak ada elemen rasuah dan penggunaan wang haram dalam aktiviti politik.
PETALING JAYA: Akta sumbangan politik yang sedang dirangka akan menyediakan ruang bagi menjamin ketelusan dalam soal penjanaan dan penggunaan dana oleh calon dan parti politik, kata Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Abu Kassim Mohamed.
“Langkah ini bertujuan memastikan tidak ada elemen rasuah, tidak ada konflik kepentingan dan penggunaan wang haram dalam aktiviti politik,” kata beliau.
Bagaimanapun kata beliau, rang undang-undang yang disyorkan GIACC itu tidak melibatkan prosedur pilihan raya, termasuk perbelanjaan pilihan raya.
“Perbelanjaan pilihan raya terletak di bawah SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Rang undang-undang ini berkaitan dengan sumbangan dan derma politik,” kata beliau.
Inisiatif ini salah satu perkara yang dibawa oleh GIACC untuk perhatian kerajaan, dan sebahagian usaha dititikberatkan oleh Pelan Anti Rasuah Kebangsaan.
Abu Kassim juga berkata rang undang-undang yang sedang diperhalusi ini hanya memfokus kepada aspek sumbangan dan derma politik, bukan pembiayaan politik.
“Sebagaimana telah dimaklumkan oleh Liew Vui Keong (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) akan meneliti perkara-perkara yang telah dirangka.
“Jadi, saya rasa akan ada pindaan hasil perbincangan dalam PSC nanti. Terserah kepada pengerusi jawatankuasa.
“Saya yakin rang undang-undang ini akan dibahaskan oleh Parlimen pada sesi kali ini,” kata beliau.
Difahamkan sekiranya Parlimen menerima rang undang-undang itu, kemungkinan ia akan digunakan semasa pilihan raya umum ke-15.
Baru-baru ini Liew berkata rang undang-undang berkenaan pembiayaan politik akan dirujuk kepada PSC dan berharap dapat dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi akan datang.
“Memandangkan dana politik ini melibatkan semua parti politik, jadi kita biarkan PSC memberikan satu pendekatan dalam perkara ini,” kata Liew.
Mengulas lanjut, Abu Kassim berkata rang undang-undang ini akan mengehadkan sumber sumbangan atau derma, termasuk melarang kehadiran sumbangan dari luar negara.
“Kita hendak disiplinkan aspek sumbangan, derma politik,” kata beliau dan menambah, “oleh kerana belum lagi muktamad, kita tunggu hasil perbincangan peringkat PSC.”
“Mungkin ada pindaan, input tambahan,” kata beliau dan menambah, rang undang-undang ini juga menyediakan peruntukan mengadakan pejabat pengawal sumbangan dana politik bagi tujuan kawal selia aspek pentadbiran. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.