Hi! Welcome Back and Stay Tune! NASA Memperlihatkan Prototaip Sut Angkasa Untuk Misi Ke Bulan Dan Marikh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NASA Memperlihatkan Prototaip Sut Angkasa Untuk Misi Ke Bulan Dan Marikh


NASA ingin menghantar wanita pertama ke permukaan bulan menjelang 2024 di bawah misi Artemis. Ia akan menjadi misi ke permukaan bulan pertama sejak 1972. Bagi menjayakan misi ini, sut angkasa baharu telah dibangunkan dan protoptaipnya telah diperlihatkan di sebuah acara semalam,

Sut angkasa xEMU direka untuk memberikan kebebasan pada pemakai ketika meneroka permukaan bulan. Buat pertama kali angkasawan yang memakainya boleh membongkok untuk mengutip sampel. Angkasawan misi Apollo dahulu perlu menggunakan kayu pengutip dan melompat seperti arnab di permukaan bulan kerana sukar untuk berjalan.

Selain mobiliti pemakai yang meningkat, ia juga direka untuk digunakan oleh angkasawan tanpa mengira jantina atau ketinggian. Rekaannya yang modular juga membolehkan ia dipakai di dalam Stesen Angkasa Antarabangsa dan kapal angkasa. Sistem kawalan suhu terbina pula membolehkannya digunakan pada permukaan Marikh yang mempunyai julat suhu -250 hingga 250 Fahrenheit. Turut diperlihatkan ialah Orion Crew Survival Suit yang berwarna oren. Sut ini dipakai ketika berlepas dan pulang semula ke bumi.

Selain NASA, China juga ingin menghantar angkasawan kembali ke permukaan bulan. Menarik sekali syarikat swasta seperti SpaceX dan Blue Origin juga turut mempunyai hasrat yang sama kerana ia dilihat sebagai langkah pertama untuk melakukan misi ke Marikh.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.