Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak Sempat Naik Pentas Konvo Dah Kena Tangkap - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak Sempat Naik Pentas Konvo Dah Kena Tangkap



Tidak sempat untuk naik ke pentas untuk istiadat konvokesyen tetapi telah ditangkap oleh polis bantuan, itulah nasib yang diterima oleh seorang pelajar Universiti Malaya(UM).

Mahasiswa Universiti Malaya(UM) itu cuba melakukan protes atas pentas graduasi bagi menyatakan perasaan tidak puas hati kepada naib canselor(NC) pusat pengajian tinggi itu.

Bagaimanapun nasibnya tidak seperti Wong Yan Ke semalam, usaha itu tidak berjaya selepas dikesan polis bantuan.

Edan Kon Hua En yang merupakan graduan ijazah perakaunan berkata pihak berkuasa menyekat beliau semasa beratur memasuki Dewan Tunku Canselor(DTC) pada pukul 8 pagi untuk istiadat konvokesyen.

“Sebelum memasuki dewan saya membawa plakad dan menangkap sekeping foto. Dalam barisan ke dalam DTC, saya disekat oleh polis bantuan dan diasingkan.

“Mereka bertanya isu protes Wong dan sama ada saya akan tunjuk perasaan.


“Saya tidak menjawab. Selepas seketika, plakad saya dirampas,” kata bekas Pengerusi Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany).

Selepas itu, Kon berkata dia bertukar fikiran dan menjamin tidak akan menunjuk perasaan di atas pentas.

“Selepas ditanya oleh polis bantuan, saya bertukar fikiran dan menjamin tidak akan melakukan ini. Bagi saya naik ke atas pentas dah cukup.


“Saya menjamin tiada laungan dan membuka plakad, saya bertanya sama ada boleh bertolak ansur untuk saya mendapat skrol ijazah.

“Tetapi selepas polis bantuan bertanya, maka pihak pengurusan berkata akan berjumpa dengannya selepas konvokesyen berakhir,” katanya.

Kon mendakwa kebebasan bersuaranya telah disekat. UM ketika dihubungi enggan mengulas isu itu.


Terdahulu, Wong melakukan protes berani dengan melaungkan slogan menolak kepimpinan naib canselor universitinya Abdul Rahim Hashim sejurus selepas menerima skrol ijazah.

Plakard yang dipegang Wong tertera gesaan supaya naib canselor itu meletakkan jawatan dengan mendakwa Abdul Rahman menjadi boneka kepada ahli politik, menc@bul kebebasan akademik dan gagal menyelesaikan masalah kewangan universiti.

Hakikat sebenarnya graduan kejuruteraan tersebut bernama Wong Yan Ke, Presiden UM Association of New Youth (UMANY). UMANY merupakan pertubuhan pelajar Cina UM pro-DAP yang ditubuhkan pada 2001.

Wong banyak mencetuskan kekecohan sepanjang bergelar siswa UM. Kebiadapannya dalam Istiadat Konvokesyen tersebut adalah rentetan daripada kempennya mendesak Naib Canselor UM, Dr Abdul Rahim Hashim meletakkan jawatan. Wong mendakwa Naib Canselornya itu membuat ucapan berbaur perkauman dalam Kongres Maruah Melayu, 6 Oktober lalu (Abdul Rahim dalam ucapannya berkata dominasi politik Melayu telah hilang selepas perubahan kerajaan dan hak istimewa orang Melayu dipersoal).

Masih ingat perkataan ‘Raykat’? Pada 22 Mac 2019, Wong bersama lima anggota UMANY mengadakan protes Najib Razak di hadapan Restoran Amjal, Pantai Baru. Najib ketika itu sedang bersembang santai bersama mahasiswa UM dan UKM. Wong menayangkan poster karikartur ‘Najib Badut’ beserta plakad ‘Pulangkan Duit Raykat’. Protes bertukar menjadi kecoh akibat provokasi yang dibuat keenam-enam siswa pro-DAP tersebut.

Abdul Rahim dilaporkan berkata dominasi politik Melayu telah hilang selepas perubahan kerajaan dan hak istimewa orang Melayu dipersoal di Kongres Maruah Melayu.

Pentadbir universiti itu juga memberi peringatan supaya kontrak sosial tidak dicabar.

Dalam sidang media kemudiannya, Kon berkata dia hanya dibebaskan oleh polis bantuan pada pukul sebelas pagi, setelah konvokesyen berakhir.

“Mereka beritahu pengurusan UM akan berjumpa dengan saya. Namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas daripada pihak universiti, dan tiada satu sebab yang konkrit diberikan,” katanya petang tadi.

Wong pula berkata, dia menerima panggilan telefon daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields setelah laporan polis oleh universiti, dan akan melapor diri di balai polis pada pukul dua petang esok.

Berkenaan kemungkinan ijazahnya ditarik balik, Wong berkata perbuatan itu tidak rasional dan dia akan membuat bantahan jika ia berlaku.

Malah Rahim yang sepatutnya meminta maaf kerana memulakan isu itu dan mencemarkan nama baik UM, katanya lagi.

Kon memaklumkan Kesatuan Mahasisawa UM (KMUM) sepatutnya mengadakan pertemuan “rundingan damai” dengan Rahim hari ini, namun ia ditunda ke tarikh lain selepas naib canselor UM itu tidak hadir.

Menerusi perkembangan terbaru dari Universiti Malaya(UM), pihak mereka mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang jelas tidak menghormati istiadat serta mengganggu protokol serta kelancarannya.

Universiti Malaya telah membuat satu laporan polis berhubung insiden tersebut dan menyerah kuasa kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terhadap individu tersebut.

Diharap kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa yang akan datang. Pengawasan semasa sesi konvokesyen sangat perlu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini ini berlaku.

Sumber: www.blogammar.com


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.