Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengguna Apple Watch Melaporkan Masalah Bateri Pasca Kemas Kini watchOS 6 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengguna Apple Watch Melaporkan Masalah Bateri Pasca Kemas Kini watchOS 6


Kemas kini watchOS 6 diberikan bulan lalu untuk membawakan fungsi-fungsi baharu. Tetapi nampaknya ia turut membawakan beberapa pepijat baharu pula muncul yang menyebabkan bateri jam tangan pintar Apple Watch habis dengan lebih pantas berbanding sebelumnya.

Masalah ini dilaporkan oleh pengguna kesemua model Apple Watch. Walaupun kemas kini watchOS 6.0.1 telah diberikan, masih terdapat pengguna yang melaporkan masalah masih berterusan. Sebelum kemas kini bateri boleh mengekalkan 30% di akhir hari tetapi watchOS 6 menyebabkan bateri turun ke satu angka di akhir hari.

Antara perkara yang boleh dilakukan pemilik Apple Watch Series 5 ialah menyahaktifkan mod Always on Display. Tetapi ini akan membuatkan satu-satunya fungsi yang membezakannya dengan Series 4 tidak boleh digunakan. Pengguna model lain disarankan untuk mematikan aplikasi Noise yang mengesan hingar persekitaran.

Menurut MacRumours, pengguna yang kini memuat turun watchOS 6.1 Beta melaporkan masalah telah diselesaikan. Apple masih belum mengeluarkan tarikh rasmi bilakah versi sistem operasi ini akan diberikan. Seperti iOS 13, Apple terpaksa memberikan beberapa kemas kini yang pantas kerana wujudnya banyak pepijat yang membuatkan penggunaan peranti tidak lancar seperti versi sebelumnya.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.