Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Mula Mengeluarkan Kemaskini Yang Memperbaiki Isu Imbasan Cap Jari Pada Siri Peranti Galaxy S10 Dan Note 10 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Mula Mengeluarkan Kemaskini Yang Memperbaiki Isu Imbasan Cap Jari Pada Siri Peranti Galaxy S10 Dan Note 10


Teknologi pengimbasan cap jari Ultrasonic oleh Samsung dikatakan diantara yang paling selamat dan pantas yang hadir di pasaran sekarang. Ia digunakan pada dua peranti utama syarikat tersebut, iaitu Samsung Galaxy S10 dan juga Note 10.

Akan tetapi, baru-baru ini ia dilihat hadir dengan satu kerentanan yang serius, dimana ia dapat dipintas dengan sangat mudah jika pengguna peranti-peranti ini menggunakan pelindung skrin.

Beberapa laporan mengatakan bahawa mereka boleh mengakses peranti-peranti Samsung dengan pelbagai objek, dan tidak semestinya jari sahaja.

Samsung dikatakan sudah mula mengeluarkan notis untuk menyuruh pengguna untuk mengemaskini peranti mereka untuk memperbetulkan kerentanan ini. Notis tersebut juga akan sentiasa ditunjukkan sehingga pengguna memuat-turun kemaskini tersebut.

Dalam pada itu, mereka juga meminta pengguna untuk mengimbas semula cap jari mereka dengan membuka pelindung skrin terlebih dahulu supaya cap jari yang diimbas adalah lebih tepat.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.