Hi! Welcome Back and Stay Tune! Skin-On Ialah Permukaan Sesentuh Untuk Peranti Yang Menyerupai Kulit Manusia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Skin-On Ialah Permukaan Sesentuh Untuk Peranti Yang Menyerupai Kulit Manusia


Setiap hari kini menghabiskan lebih lapan jam menyentuh peranti berbentuk empat segi yang diperbuat daripada logam dan kaca. Permukaan peranti adalah keras dan sejuk tidak seperti menyentuh kulit manusia. Bagi mereka yang mungkin mendambakan sentuhan yang lebih semula jadi pada peranti, Skin-On telah dibangunkan oleh penyelidik dari University of Bristol, Telecomm Paristech dan Sorbonne University.

Skin-On ialah permukaan sesentuh untuk pelbagai peranti yang mempunyai rupa dan tekstur seperti kulit manusia sebenar. Ia boleh menggantikan pad sesentuh pada komputer riba dan panel belakang pada sebuah telefon pintar. Selain mengesan sentuhan, ia turut boleh mengesan genggaman dan cubitan.

Di dalam video demo yang dikongsi, tahap kekuatan audio peranti boleh diubah dengan mencubit permukaan Skin-On dan kemudian memutarkan jadi seperti tombol. Skin-On juga boleh mengesan ia dipegang menggunakan tangan kanan atau kiri dan secara automatik mengubah antaramuka mengikut keselesaan.,

Skin-On boleh digunakan pada kerangka telefon pintar, peranti boleh-pakai dan juga robot untuk menghasilkan interaksi yang terasa lebih semula jadi berbanding bahan binaan yang digunakan sekarang.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.