Al-Fatihah.. Pekerja ditikam ‘team leader’ kerana lewat masuk kerja, meninggal dunia
Setelah lima hari bertarung nyawa di Hospital Pulau Pinang, akhirnya mangsa ditikam ‘team leader’ di sebuah syarikat kurier di Balik Pulau, meninggal dunia.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md Zain berkata, mangsa, Aidil Azran, 24, meninggal dunia pada jam 11.15 pagi hari ini dan proses bedah siasat akan dilakukan untuk mengenalpasti punca kematian mangsa.
Susulan itu, polis akan memohon agar reman terhadap suspek dilanjutkan dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sementara itu bapa mangsa, Omar Ibrahim, 58, berat untuk memaafkan suspek yang juga dikenalinya itu dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap suspek.
Omar reda dengan pemergian anak bongsu daripada tiga beradik itu tetapi kesal dengan cara kematiannya. Sedangkan masalah anaknya datang lewat boleh dibawa berbincang dengan pihak syarikat. Tetapi suspek mengambil tindakan sendiri sehingga mengorbankan mangsa.
Menurutnya, dia sedia maklum yang arwah ada beberapa kali datang lewat ke tempat kerja, namun anaknya itu akan menyambung kerjanya sehingga malam.
“Malah, pihak syarikat sendiri mengetahui sekiranya arwah datang lambat, namun ini mungkin tidak disenangi oleh rakannya itu yang juga penyelia tempat mereka bekerja.
“Anak saya baru setahun bekerja, malah saya mengenali rakan yang menikamnya itu walaupun tidak terlalu rapat,” katanya.
Difahamkan, mangsa bakal berkahwin dengan gadis pilihannya dari Jogjakarta, pada April 2020. Tetapi semua perancangan itu musnah selepas kejadian yang tidak disangkakan itu.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Bagan Air Hitam, Jalan Baru, Balik Pulau, malam ini.
LAPORAN BERKAITAN
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment