Facebook Mengambil Alih Beat Games – Studio Yang Membangunkan Permainan Realiti Maya Beat Saber
Facebook telah mengumumkan pembelian studio Beat Game yang membangunkan permainan realiti maya popular Beat Saber. Tiada maklumat mengenai harga yang dibayar untuk mengambil alih dilaporkan pada waktu ini. Beat Game akan diletakkan di bawah payung Oculus Studio tetapi akan meneruskan operasi dari ibu pejabat mereka di Prague.
Beat Saber adalah antara permainan realiti maya paling berjaya dengan 1 juta unit terjual. Ini adalah pencapaian yang menakjubkan bagi studio yang hanya mempunyai lapan kakitangan. Pengambilalihan ini pastinya berkait rapat dengan usaha Facebook untuk menambah permainan pada peranti realiti maya Oculus mereka. September lalu Facebook Horizon telah diumumkan dan ia adalah dunia maya seakan Ready Player One di mana pengguna boleh bermain di dalam dunia maya dengan rakan-rakan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment