Hi! Welcome Back and Stay Tune! RTM Akan Membuka Saluran Baharu Untuk Kandungan Ilmiah Seperti Dokumentari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RTM Akan Membuka Saluran Baharu Untuk Kandungan Ilmiah Seperti Dokumentari


Radio Televisyen Malaysia (RTM) mempunyai reputasi buruk sebagai stesen televisyen dan radio yang mempunyai kandungan yang membosankan. Rancangan yang ditawarkan agak hambar dan kurang menarik jika dibandingkan dengan stesen TV swasta dan berbayar di Malaysia. Tetapi bermula tahun hadapan perubahan akan dilakukan dan mereka akan menawarkan saluran baharu dengan kandungan lebih berilmiah.

Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Gobind Singh Deo memberikan jaminan akan mewujudkan beberapa saluran baharu antaranya berkaitan dokumentari. Jaminan diberikan ketika menjawab soalan di Parlimen semalam. Dengan kandungan berilmiah ini, penonton RTM tidak akan sekadar disajikan rancangan hiburan, cinta dan filem seram semata-mata.

Pihak KKMM sedang menyusun agenda penghasilan program dokumentari yang relevan kepada rakyat negara ini khususnya topik berkaitan teknologi.

Pengumuman ini kami sambut dengan baik kerana ketika membesar di dekad 80an dahulu, RTM ialah sumber dokumentari terbaik sebelum wujudnya saluran National Geographic eksklusif di saluran TV berbayar. Ia juga akan memberikan akses kepada kandungan ilmiah kepada golongan yang tidak mampu melanggan saluran berbayar. Pada masa yang sama karyawan tempatan tidak akan lagi dibelenggu masalah hanya boleh menghasilkan karya hiburan yang dianggap lebih komersial.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.