Hi! Welcome Back and Stay Tune! Garmin Telah Melancarkan 6 Jam Tangan Pintar Di Bawah Siri MARQ Untuk Pasaran Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Garmin Telah Melancarkan 6 Jam Tangan Pintar Di Bawah Siri MARQ Untuk Pasaran Malaysia


Garmin Malaysia telah melancarkan beberapa jam tangan pintar mereka dibawah siri MARQ untuk pasaran Malaysia. Terdapat 6 jam tangan pintar yang mana masing masing hadir dengan kemasan yang premium serta rekaan tahan lasak.

Antaranya adalah jam tangan pintar MARQ Driver. Jam tangan pintar model ini dilancarkan dengan rekaan yang mengkhususkan kepada para pelumba kereta. Tali untuk jam tangan ini berasaskan titanium hibrid bersama silikon merah. Ia turut dilengkapi dengan aplikasi  perlumbaan dan aplikasi chrnograph yang boleh digunakan untuk merekod masa dengan tepat. Di Malaysia, ia dijual pada harga RM 13500.

Selain itu, mereka juga melancarkan model MARQ Aviator dimana ia dilengkapi dengan rekaan untuk kegunaan juruterbang. Jam tangan pintar ini dilengkapi dengan kerangka badan berasaskan titanium, tiga zon masa bersama bezel GMT dan dua masa tambahan untuk zon masa. Aplikasi lain yang menyokongnya adalah peta bergerak, maklum balas cuaca dan mod penerbangan yang digunakan untuk mengubah masa dan aplikasi garmin pilot. Harga pasarannya di Malaysia adalah RM10500.

Bagi MARQ Captain pula, ia membawakan rekaan untuk kegunaan para pelayar kapal. Dari segi rekaan, ia dilengkapi dengan bezel seramik dengan GPS yang dibantu oleh Regatta Timer. Talinya diperbuat daripada tenunan Nylon bersama silikon Jacquard. Bersama jam tangan pintar model ini, ia turut hadir dengan aplikasi kawalan kapal bersama peta laut, sensor altimeter, barometer dan kompas, serta autopilot. Di Malaysia, jam tangan MARQ Captain ini berharga RM9999.

Jam tangan pintar seterusnya adalah MARQ Adventurer yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi untuk kegunaan lasak, seperti aktiviti mendaki bukit. Jam tangan pintar ini dilengkapi dengan bezel kompas 360 darjah yang dikatakan baterinya boleh bertahan sehingga 12 hari penggunaan melalui mod jam tangan pintar, 28 jam untuk mod GPS, 48 jam dalam mod UltraTrac dan 9 jam dalam mod GPS biasa bersama penggunaan muzik. Ia membawakan tanda harga RM9500.

Seterusnya adalah MARQ Athlete, yang mana ia hadir dengan rekaan bezel yang disalutkan dengan Titanium dan DLC.  Manakala tali jamnya pula dilengkapi dengan silikon getah perprestasi tinggi. Jam tangan pintar model ini sangat berguna jika anda seorang atlet dan minat bersukan seperti berenang, mendaki bukit, berbasikal dan sebagainya. RM7999 adalah harga pasarannya di Malaysia.

Akhir sekali adalah jam tangan MARQ Commander. Ia dilengkapi dengan rekaan tahan lasak yang memenuhi keperluan ketenteraan. Jam tangan pintar ini diperbuat daripada titanium dengan kemasan berwarna hijau olive drab yang sinonim dengan warna anggota tentera. Dari segi sokongan aplikasi, ia hadir dengan peta topografi, altimeter, barometer, kompas dan sokongan GPS serta fungsi Jumpmaster untuk kegunaan aktiviti payung terjun. Harga pasarannya adalah RM9500.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.