Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Map Kini Boleh Menyebut Nama Tempat Dalam Pelbagai Bahasa Bagi Memudahkan Navigasi Di Luar Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Map Kini Boleh Menyebut Nama Tempat Dalam Pelbagai Bahasa Bagi Memudahkan Navigasi Di Luar Negara


Dua tahun yang lalu kami ke Jepun atas jemputan Google bagi menguji kemampuan Maps, Translate dan Trips di negara tersebut. Jepun dipilih kerana Tokyo akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2020 dan penggunaan aplikasi akan memudahkan pelawat yang tidak tahu berbahasa Jepun. Satu masalah yang kami hadapi ialah tidak tahu cara menyebut nama lokasi dalam bahasa tempatan. Masalah ini akhirnya diselesaikan dengan ciri terbaru yang yang diperkenalkan hari ini.

Sokongan menyebut nama lokasi yang ingin dituju dalam pelbagai bahasa akhirnya disokong dengan integrasi Google Translate. Nama-nama  lokasi dalam bahasa tempatan boleh disebut dalam bentuk audio terus dari dalam Maps. Ini amat membantu apabila cuba melakukan navigasi dengan bantuan penduduk tempatan. Integrasi Translate juga membolehkan aplikasi tersebut dibuka terus dari Maps.

Ciri ini akan diaktifkan di dalam Maps bulan ini pada aplikasi Android dan iOS. Pada awalnya hanya 50 bahasa akan disokong dan ini akan ditambah dari masa ke semasa.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.