Kadir Jasin’s Silly Spin On Chin Peng’s Ashes
When Mahathir was still in Umno in 2013 and the enemy of DAP he opposed bringing back Chin Peng’s ashes but now that he is DAP’s friend he supports bringing back Chin Peng’s ashes. Hence the symbolism of bringing back Chin Peng’s ashes is that DAP is better than Umno.
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Tun Dr Mahathir Mohamad’s spin-doctor, A. Kadir Jasin, just wrote a long spin on the issue of bringing back Chin Peng’s ashes to Malaysia to be scattered all over Perak. In his spin, Kadir talks about Allah, the Qur’an, Islam, Prophet Muhammad, and so on.
This is normally how Malays try to impress others regarding how learned and well-read they are. They will throw in some Arabic words, pick a few verses from the Qur’an, quote the Hadith, relate the Sunnah, and presto, what you say comes from God Himself.
In essence, what Kadir is saying is Malays are jahil or ignorant and do not read enough (and the first word in the Qur’an, said Kadir, is “read” or Iqra’). Hence Malays are debating or protesting the issue of Chin Peng’s ashes because they are jahil (thank God I am Bugis-Orang Asli-Welsh and not Malay like Kadir).
Why are Muslims upset with the “symbolism” of burning the Qur’an?
Actually, we are not as ignorant as Kadir thinks. First of all, his own boss, Mahathir, opposed bringing back Chin Peng’s ashes back in 2013 (READ HERE: The Government Is Right In Not Allowing The Burial Of Chin Peng In Malaysia Or Bringing His Ashes Back).
Why did Kadir not quote what Mahathir said in that piece six years ago? Does Kadir think Malaysians have forgotten what Mahathir said before? Kadir and Mahathir himself may have forgotten but we have not. So Kadir should stop treating us like idiots.
The common argument is that the 10,000 Malaysians killed by Chin Peng happened so long ago and in 1989 the Communist Party of Malaya (CPM) already signed a Peace Treaty with the Malaysian government. So, forgive and forget and let’s move on. Stop talking about the past.
Fine! I have no problems with that. The Malaysian Agreement (or MA63) was signed even longer than that (back in 1963), 26 years BEFORE the Peace Treaty between the CPM and the Malaysian government. So, forgive and forget and let’s move on. Stop talking about the past. Why are Sabahans and Sarawakians still grumbling about MA63?
Then there are those who say that bringing Chin Peng’s ashes back to Malaysia to be scattered in Perak is just symbolic. There is no harm done.
I am also fine with that and have no problems with symbolism.
Why is the German Embassy in Kuala Lumpur upset with this “symbolic” Nazi salute?
Erecting a giant cross or crucifix onto a building is also just symbolic. Why are many Muslims upset with that? Raising the Malaysian flag upside-down is also just symbolic. Why are many Malaysians upset with that? Burning the Qur’an as a mark of protest is also just symbolic. Why are many Muslims upset with that? Giving the Nazi Party salute at the University Malaysia Sabah (UMS) convocation is also just symbolic. Why is the German Embassy in Kuala Lumpur upset with that?
Yes, many so-called “symbolic gestures” upset so many people, even the Germans. But the symbolism of bringing Chin Peng’s ashes back to Malaysia must be tolerated and Malaysians must move on.
The “symbolic” message of Chin Peng’s ashes is that Umno is bad while DAP is good
The issue here is what “symbolism” did those people who brought Chin Peng’s ashes back to Malaysia want to present to Malaysia?
Well, they said it very clearly in their own words. Under the Umno-Barisan Nasional government, Chin Peng’s ashes were banned from Malaysia. Under the DAP-Pakatan Harapan government, Chin Peng’s ashes can be brought back.
That was what those who brought Chin Peng’s ashes back to Malaysia said.
And it is true because when Mahathir was still in Umno in 2013 and the enemy of DAP he opposed bringing back Chin Peng’s ashes but now that he is DAP’s friend he supports bringing back Chin Peng’s ashes. Hence the symbolism of bringing back Chin Peng’s ashes is that DAP is better than Umno.
******************************************************************************
Isu Debu Chin Peng: Petanda Masyarakat Yang Keliru
A Kadir Jasin
Bagi orang Islam, mereka tentu tahu bahawa perintah pertama yang Allah Taala turunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ialah supaya menyuruh umat manusia membaca – “Iqra”.
Tetapi rasanya itulah perintah Allah yang paling diabaikan oleh orang Islam – tidak terkecuali orang Melayu Malaysia.
Orang Melayu Malaysia ini unik kerana mereka adalah anggota satu-satunya bangsa di dunia yang wajib beragama Islam.
Arab yang sebangsa dengan Rasul Allah itu pun tidak diwajibkan beragama Islam. Maka ada orang Arab yang beragama Kristian dan tinggal di negara-negara Arab sendiri.
Kalau orang Melayu Malaysia membaca, tidaklah perlu mereka bertegang leher berbahas secara tidak rasional mengenai debu Chin Peng yang dibawa balik ke Malaysia untuk disemadikan.
Tetapi betullah kesimpulan bekas Ketua Polis Negera, Tan Sri Abdul Rahim Noor, bahawa orang yang berbahas itu tidak pun membaca sejarah Perjanjian Hatyai tahun 1989.
Seperti kata Abdul Rahim, orang yang membantah pembawaan balik debu mayat Chin Peng patut baca baik-baik kandungan perjanjian tiga pihak yang membabitkan kerajaan Malaysia, Thailand dan bekas Parti Komunis Malaya (PKM) itu.
Malangnya orang Malaysia, khususnya orang Melayu, bukanlah manusia yang gemar membaca, utamakan sejarah dan berhabas secara rasional.
Maaf cakaplah kalau saya kata, majoriti orang Malaysia adalah manusia yang malas membaca, malas berfikir, tidak gemarkan sejarah dan sangat mudah lupa.
Sebab itulah saya berulang kali kata, Malaysia tidak akan menjadi negara maju atau amat sukar menjadi negara maju dalam pengertian sebenar.
Untuk menjadi negara maju, kita mestilah bertamadun. Untuk menjadi negara bertamadun, kita mestilah banyak membaca, kita mesti berilmu dan kita mesti berbudi pekerti tinggi.
Fakta Sejarah
Abdul Rahim seorang bangsa Malaysia yang amat patriotik. Kalau ada orang yang berhak membantah kepulangan debu Chin Peng, maka orang itu adalah Abdul Rahim.
Sebelum menjadi KPN, beliau adalah Pengarah Cawangan Khas yang sejak sebelum Merdeka lagi berada di barisan hadapan dalam peperangan melawan komunis.
Tetapi Abdul Rahim juga adalah orang yang diberi kepercayaan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada akhir tahun 1980-an untuk mencari penyelesaian mutakhir kepada isu PKM.
Untuk setahun lebih kami, para pengarang waktu itu, mendapat taklimat “off-the-record” daripada Abdul Rahim mengenai kemajuan rundingan dengan PKM. Kami kemudiannya pergi ke Hatyai bagi menyaksi dan melaporkan penandatangan perjajian itu pada 2 Disember 1989.
Sekarang beliau diberikan pula tugas oleh Dr Mahathir untuk menjadi orang tengah dalam usaha membawa perdamaian dan keamanan ke Selatan Thai.
Malangnya, hari ini orang yang tidak tahu apa-apa mengenai peristiwa itu, termasuk sesetengah pengarang dan wartawan, tertindak seolah-olah mereka adalah pakar yang tahu segala-galanya.
Inilah masalah dan petanda kepada sebuah masyarakat yang tidak membaca, tidak berfikir dan tidak artikulat. Bangsa yang emosi dan naik angin tanpa sebab.
Minda Terjajah
Di sinilah saya sentiasa mengutuk Inggeris sebagai bangsa penjajah yang amat licik sehinggakan racun minda yang mereka suntikkan ke dalam jasat bangsa-bangsa yang mereka jajah masih berkesan sampai hari ini.
Minda ramai orang di negara-negara bekas tanah jajahan mereka, termasuk yang lahir selepas kemerdekaan, masih terjajah. Segala sesuatu mengenai Inggeris masih disanjung.
Realitinya ialah PKM menjadi parti politik sah dan bersenjata atas kehendak dan ikhsan Inggeris sendiri.
Inggerislah yang memberi senjata kepada PKM apabila ia berjuang bersama Inggeris menentang Jepun. Kemudian senjata itu digunakan untuk melawan Inggeris selepas Perang Dunia Kedua.
Tidak ada yang lebih jelas mengenai penaklukan minda oleh Inggeris ini daripada ketaksuban orang Malaysia terhadap bola Inggeris.
Walaupun bola Inggeris tidak cemerlang namun ia terus menjadi sanjungan orang kita. Mereka tidak peduli atau tahu bahawa bola Inggeris adalah jauh lebih inferior daripada negara-negara kecil di Eropah, Afrika, Amerika Selatan dan Asia.
Tapi mereka sanggup tidak tidur malam untuk melihat Manchester United yang tidak hebat mana pun berlawan dengan Liverpool atau Arsenal.
Manakala mereka kutuk kekejaman Israel dan Amerika Syarikat, mereka lupa atau tidak tahu pun bahawa yang merampas bumi Palestin dan memberikannya kepada orang Yahudi adalah Inggeris.
Natijahnya, kalau orang Malaysia, khususnya Melayu, tidak mahu terus bodoh dan diperbodohkan, mereka wajib membaca, berfikir dan berhujah sebagai manusia yang bertamadun.
Kalau tidak, janganlah marah atau kecewa seandainya mereka sekali lagi dijajah dan diperhambakan bukan oleh mana-mana bangsa penjajah tetapi oleh kebodohan mereka sendiri yang kian hari kian terserlah dipamerkan di media sosial.
Ketakutan atau kebencian terhadap debu Chin Peng dan perkara-perkara abstrak ini adalah simptomatik kepada sebuah masyarakat yang lemah sejarah, emosional dan, mungkin juga seperti kata Abdul Rahim, rasis.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment