Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tayar Pirelli Dengan Rangkaian 5G Mengelakkan Tragedi Dari Terjadi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tayar Pirelli Dengan Rangkaian 5G Mengelakkan Tragedi Dari Terjadi


5G ialah ialah teknologi terkini yang diperkenalkan pada peranti tahun ini. Dengan 5G tiada masalah muat turun perlahan dan bakal menjadi dunia berhubung realiti bukan lagi fantasi. Pirelli telah melancarkan Cyber Tyre mereka yang menyokong rangkaian 5G.

Sensor dalam Cyber Tyre boleh mengesan tekanan, suhu, tahap penggunaan tayar dan keadaan permukaan jalan. Kesemua maklumat ini disalurkan dalam masa nyata kepada sistem komputer kenderaan. Jika ia mengesan lopak ia boleh menghantar maklumat ini kepada kenderaan lain yang berhubung dalam rangkaian yang sama. Kenderaan di belakang akan bergerak lebih perlahan bagi mengelakkan kemalangan.

Apabila mengesan kereta sedikit berat pula ia akan memberikan notifikasi supaya tekanan udara tayar ditambah sebelum kereta mengubah ketinggian gantungan untuk memberikan keselesaan penumpang. Menurut Pirelli, kos meletakkan sensor ke dalam Cyber Tyre adalah rendah tetapi meningkatkan keselamatan pemandu dan penumpang.

Buat masa ini Cyber Tyre telah digunakan pada tayar lori. Pemandu menerima notifikasi tayar mana yang perlu ditukar dan ditambah angin sebelum dipandu tanpa perlu diperiksa secara manual.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.