Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Indonesia pukul anak kerana makanan jamuan tak dijamah guru, murid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Indonesia pukul anak kerana makanan jamuan tak dijamah guru, murid


Suspek berusia 47 tahun direman sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.
KUANTAN: Seorang lelaki warga Indonesia memukul anak perempuannya yang berusia 9 tahun di Taman Setia Jasa, Temerloh, dekat sini, dipercayai kerana berang hidangan yang dimasaknya tidak dijamah rakan dan guru mangsa.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Mohd Yusri Othman berkata, kejadian itu dipercayai berlaku petang Jumaat lalu, apabila mangsa yang merupakan anak bongsu suspek membawa pulang hidangan yang dibekalkan suspek untuk jamuan di sekolah.
“Suspek yang berusia 47 tahun dipercayai marah apabila mengetahui makanan tersebut tidak disentuh murid dan guru menyebabkan dia marah, memaki hamun dan memukul mangsa.
“Pemeriksaan kesihatan mendapati mangsa mengalami kesan lebam pada paha kiri dan bengkak di kepala,” katanya di sini, semalam.
Yusri berkata, ibu mangsa membuat laporan selepas mengetahui kejadian itu daripada kakak mangsa berusia 10 tahun yang menghubunginya pada 4.30 petang Jumaat.
Katanya, suspek dan ibu mangsa bercerai pada 2015 dengan hak penjagaan 3 anak berusia 9 hingga 13 tahun diserahkan kepada suspek.
Suspek direman sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.