Hi! Welcome Back and Stay Tune! Spotify Menguji Paparan Lirik Lagu Dalam Aplikasi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Spotify Menguji Paparan Lirik Lagu Dalam Aplikasi


Mendengar lagu kegemaran lebih menyeronokkan jika anda mengetahui liriknya. Tetapi apakan daya, tak semua orang mempunyai memori gajah yang menghafal lirik lagi yang digemari. Bagi pengguna Spotify, ciri paparan lirik masa nyata dari dalam aplikasi mungkin akan diberikan dalam masa terdekat kerana ujiannya sedang dilakukan.

Pengguna di Indonesia, Kanada dan Mexico kini dapat melihat lirik lagu yang distrim pada bahagian bawah pemain muzik dalam panel khas. Apabila panel ini ditatal naik, kesemua lirik boleh dilihat dan ia dipaparkan selari dengan bahagian lagu yang didengari. Menurut laporan TechCrunch, kandungan lirik dari Musixmatch digunakan oleh Spotify.

Kerjasama dengan Musixmatch ini adalah mengejutkan kerana pada tahun 2016 mereka menghentikan kerjasama dengan Spotify kerana berlaku perbezaan hala tuju. Hanya pengguna di Jepun boleh memaparkan lirik dalam aplikasi desktop dan mudah alih selepas 2016. Kewujudan ujian ini memberikan harapan ciri ini akan dikembalikan semula bagi membolehkan Spotify memberikan penawaran ciri yang sama seperti Apple Music.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.