Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syarikat Disebalik TikTok Dalam Perancangan Untuk Melancarkan Perkhidmatan Penstriman Muzik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syarikat Disebalik TikTok Dalam Perancangan Untuk Melancarkan Perkhidmatan Penstriman Muzik


Arena perkhidmatan penstriman muzik pada hari ini boleh dikatakan diterajui oleh Spotify dan juga Apple Music. Kini, ByteDance, syarikat disebalik TikTok dilihat tidak ingin ketinggalan, dan dalam perancangan untuk turut menyertai arena sama.

Ia dikatakan pihak ByteDance telah mula berbincang dengan beberapa studio rakaman, termasuk pihak Universal Music, Sony Music dan juga Warner Music.

Perkhidmatan penstriman muzik daripada ByteDance dijangka akan memfokuskan kepada negara-negara membangun seperti India, dan Indonesia – sebelum diperluaskan ke pasaran lain. Pihak ByteDance turut dijangka mengintegrasikan sejumlah video klip pendek melalui aplikasi berkenaan – selain menawarkan ia pada harga lebih rendah berbanding perkhidmatan penstriman Spotify dan Apple Music.

Buat masa ini, mereka masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengan penawaran perkhidmatan penstriman muzik ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.