Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ahli Astronomi Menemui Lohong Hitam Gergasi Dengan Jisim 70 Kali Ganda Lebih Besar Daripada Matahari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ahli Astronomi Menemui Lohong Hitam Gergasi Dengan Jisim 70 Kali Ganda Lebih Besar Daripada Matahari


Penemuan lohong hitam bukanlah sesuatu yang baru. Malah, fenomena ini, yang berlaku apabila sebuah bintang mencapai akhir hayatnya, boleh dikategorikan kepada beberapa jenis lohong.

Terkini, beberapa ahli astronomi daripada China telah menemui sebuah lohong hitam gergasi ( stellar black hole) yang dikatakan jauh lebih besar daripada lohong hitam didalam kategori yang pernah ditemui sebelum ini.

Lohong hitam gergasi tersebut,yang dinamakan LB-1 terletak didalam galaksi Bima Sakti dan dikatakan mempunyai jisim 70 kali ganda lebih besar daripada matahari. Sebelum ini, lohong hitam didalam kategori stellar black hole ini biasanya hadir sekitar saiz 25 kali ganda lebih besar daripada matahari.

Ahli-ahli astronomi tersebut menggunakan teleskop Large Sky Area Multi-Object Fiber Spectroscopic Telescope (LAMOST) dari China yang dibina untuk mencari bintang yang mengorbit objek halimunan, dan didalam kes ini, sebuah lohong hitam.

Mereka kemudiannya menggunakan teleskop Keck-1 dari Amerika Syarikat dan Gran Telescopio Canarias dari Sepanyol untuk mengesahkan sifat bintang-bintang dan lohong hitam tersebut.

Apa yang menarik mengenai penemuan ini ialah ia bercanggah dengan pemahaman manusia sekarang mengenai bagaimana lohong hitam dibentuk. Pengiraan dari segi saiz dan sebagainya perlu difikirkan semula.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.