Lazada Hadir Dengan “Jaminan Penghantaran LazMall” – Tawar Pampasan Sekiranya Barangan Lewat Tiba
Lazada kini telah memperkenalkan polisi baru yang dinamakan “LazMall Guaranteed Delivery” atau “Jaminan Penghantaran LazMall”. Melaluinya, Lazada menawarkan satu jaminan untuk penghantaran yang tepat pada masanya, atau sekiranya lewat, pihak Lazada menawarkan pampasan kepada pengguna berkaitan.
Buat masa ini, jaminan penghantaran ini meliputi kawasan sekitar Lembah Klang, dan ia dijangka akan diperluaskan ke seluruh negara tidak lama lagi, dan hanya meliputi pembelian melalui LazMall.
Pelanggan yang membuat pembelian melalui LazMall akan diperlihatkan dengan tarikh penghantaran pada halaman “Order Confirmation”. Lazada mengatakan pampasan akan dikreditkan secara automatik ke Lazada Wallet sekiranya penghantaran dibuat kepada pengguna melangkaui tarikh yang tertera ketika pembelian – namun jumlah pampasan berkenaan tidak dinyatakan buat masa ini.
Penawaran pampasan ini juga secara tidak langsung memperlihatkan keyakinan pihak Lazada terhadap infrastruktur dan ekosistem penghantaran mereka melalui Lazada eLogistics Express (LEX).
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment